Saturday, April 18, 2015

Gabungan Tun M, Anwar, Ku Li Tumbangkan Najib. Ku Li Jadi PM.. -Datuk Zaid Ibrahim (22)

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?


Tengku Razaleigh Hamzah.

BEKAS menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad berbaik semula dan bekerjasama dengan para seterunya bagi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Zaid mencadangkan demikian dalam tulisannya berhubung pertemuan di antara Mahathir dan orang kepercayaan Anwar, Azmin Ali yang didakwa berlangsung bulan lalu.


"Adakah ini pemulaan bagi satu pertemuan paling penting di antara Dr Mahathir dan Anwar?
“Semua orang menunggu ia berlaku – apatah lagi, kedua-dua personaliti itu membentuk politik Malaysia sejak 30 tahun lalu.
“Mungkin merekalah gandingan yang dapat menyatukan negara ini dan membawanya keluar dari kekusutan sekarang,” katanya.

Tambahnya, kemunculan Mahathir di majlis pengebumian allahyarham bapa Anwar awal bulan ini juga menunjukkan bahawa hubungan kedua-duanya semakin baik.

Dalam tulisan di blog zaid.my itu, beliau seterusnya berkata, usaha kedua-dua tokoh itu “untuk menyelamatkan Malaysia” dapat diperkuatkan lagi jika disertai oleh seorang lagi veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah atau  dipanggil juga Ku Li.

“Pemerintahan mereka bertiga akan memastikan kerajaan Najib dalam dilupuskan dengan pantas,” katanya lagi.

Katanya, gandingan Mahathir dan Anwar yang dibentuk pada pada 1989 itu kini dapat dijayakan.

“Kini mereka berpeluang menjayakannya, mungkin dengan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri sementara untuk tiga tahun, sementara menunggu pilihan raya umum akan datang.
“Kemudian, Anwar boleh mengambil alih dengan rancangannya untuk negara ini,” katanya lagi yang turut mempromosi agar orang ramai menyertai perhimpunan besar 1 Mei bagi “menunjukkan jalan keluar bagi Najib”.

Beliau yakin, gabungan blok pembangkang dan BN akan dapat menggulingkan Najib. Bagi mencapai tujuan itu, Mahathir dan Anwar bagaimanapun perlu mengubah sikap ke atas satu sama lain, katanya. Mahathir perlu memadamkan rasa benci pada Anwar, dan begitu juga sebaliknya, kata peguam itu lagi.


Lapor Malaysiakini.
(IH)

4 comments:

SolitaireHunter said...
This comment has been removed by the author.
SolitaireHunter said...

This 90yrs old solitaire-hunter ada kelas tersendiri la. Bukan taraf Anwar, bukan taraf Ku Li dan apa lagi bukan taraf Zaid. He can fight himself la bro!

SolitaireHunter said...
This comment has been removed by the author.
orgkampongok said...

Yeah, SHunter, the old man can twist better than anyone else, kick anyone in jail, bulldoze anything that stands on his way...he did it better and he did it the way he liked it...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails