Sunday, April 19, 2015

Hudud, Tak Kira Surat Dari Presiden. Pancung!


JAKARTA: Hanya dalam tempoh waktu kurang daripada 72 jam, kerajaan Arab Saudi sekali lagi memancung kepala seorang wanita rakyat Indonesia sebagai hukuman hudud ke atas pesalah terbabit kerana jenayah pembunuhan dilakukan.

Setelah Siti Zainab Duhri Rupa dari Bangkalan, Madura dipenggal kepalanya pada pagi Selasa di Madinah, kali ini Arab Saudi menghukum mati Karni Medi Tarsim, berasal dari Brebes, Jawa Tengah pada pagi Khamis di penjara Yanbu dekat Jeddah.

Pemancungan itu dibuat setelah pihak keluarga mangsa enggan memaafkan pesalah yang membunuh anak perempuan mereka berusia empat tahun ketika bertugas sebagai pembantu rumah pada 2012 dan suspek dijatuhi hukuman pada 2013.

Siti Zainab Duhri Rupa

Sebelum ini, dua warganegara Indonesia telah menjalani hukuman pancung atas kesalahan sama pada 2008 dan 2011, manakala 34 lagi rakyat republik itu masih menunggu ‘giliran’ dipenggal kepala mereka jika proses rayuan gagal.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia Arrmanantha Nassi berkata, republik itu menghormati kedaulatan undang-undang Arab Saudi, namun sedih rayuan peringkat tertinggi termasuk melibatkan presiden ditolak keluarga mangsa.

“Pelbagai langkah telah kita lakukan, termasuk surat dari presiden, satu kali oleh Susilo Bambang Yudhoyono dan dua kali oleh Joko Widodo yang memohon ihsan Raja Arab Saudi untuk menunda hukuman mati dan memujuk keluarga korban,” katanya.

Karni Medi Tarsim

Bahkan Presiden Indonesia sendiri sanggup meminta jasa baik Raja Salman Abdulaziz Al-Saud untuk menjadi ‘orang tengah’ ketika proses rayuan agar hukuman berat itu boleh diturunkan sehingga ke peringkat qisas iaitu penjara dan denda.

“Keluarga Karni sudah dua kali ke sana bertemu Karni dan keluarga korban untuk mohon maaf. Menteri Luar juga pada pertemuan dengan wakil Menteri Luar Arab Saudi akhir bulan lalu minta bantuan,” ujar Arrmanantha.

Namun, semua usaha keras yang sudah dilakukan sejak 2013 masih tidak mampu membuka kemaafan daripada keluarga mangsa dan mereka menilai apa yang dilakukan Karni terlalu kejam, sehingga enggan memaafkan perbuatannya.
Sejak Januari lalu sehingga kini, Arab Saudi sudah menghukum mati 61 pesalah asing termasuk dari Pakistan, Syria, Myanmar, Jordan, Yaman, India dan Filipina manakala sepanjang 2014, seramai 90 orang dihukum pancung. – Agensi 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah istimewanya hukum hudud, keluarga mangsa lebih berhak dari Penguasa, Raja atau Presiden untuk membuka kemaafan kepada pesalah. Tidak ada undang-undang lain di dunia ini yang se adil undang-undang hudud yang didatangkan dari Allah yang Maha Adil itu.

2 comments:

Anonymous said...

Memang baik dan adil hukum Allah turunkan untuk maknusia berfikir panjang sebelum melakukan jenayah tetapi makhluk yang dijadikan Allah bernama maknusia yang diberi akal tidak akan terlepas dari godaan syaitan yang direjam jadi kita kenlah gunakal untuk berfikir Allah lebih redho manusia itu memberi pengampunan sesama maknusia sebelum mati dari tidak memamafkan selpas mati ,yang mati dibalas hukuman didunia akan telah selamat diakhirat dengan izin Allah jua tetapi adakah yang tidak mahu memberi pengampunan itu akan telah selamt diakhirat kelak itulah persoalannya jika kita tidak mahu menerima digaan Allah yang mungkin akan mengangkat martabat kita yang telah didugakqn itu,berfikira terbukalah wahai makhluk Allah yang berakal.

Anonymous said...

Lantaran kerana enggan menerima suratan takdir. Manusia bertindak untuk mengambilalih peranan Allah untuk menghukum. Mungkin mereka lupa apa tujuannya Allah mengadakan syurga dan neraka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails