LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
“MUHYIDDIN bukan lagi setakat menghormati hak Tun Mahathir dalam mengkritik dan menanyakan soalan sebagaimana yang pernah disebutnya sebelum ini, tetapi sudah meletakkan dirinya bersama-sama dengan apa yang diperjuangkan oleh bekas Perdana Menteri itu,” komen Shahbudin Husin bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa dalam blognya.
Shahabudin meminta Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta mengambil tindakan lebih berani selepas secara terbuka menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa beliau tidak sendirian dalam menyuarakan kebenaran.
Kenyataan yang dibuat Tun Mahathir pada Ahad dianggap sebagai isyarat bahawa beliau sudah hilang kepercayaan kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selari dengan kenyataan yang dibuat, Muhyiddin dikatakan perlu mengulangi peranan sebagaimana yang pernah dimainkannya dalam mempercepatkan pengunduran jawatan Tun Abdullah Badawi pada 2008 dahulu.
Shahbudin berpandangan, Muhyiddin perlu mengatur langkah seterusnya, sama ada secara terbuka menuntut Najib berundur seperti yang dimahukan oleh Dr Mahathir atau mula mengumpul kekuatan di kalangan pemimpin UMNO seluruh negara untuk bersama-sama dengannya.
Bagi memberi lebih tekanan kepada Najib dan menyokong tuntutan yang dibuat Dr Mahathir, beliau perlu menghadirkan diri dalam setiap program jelajah bersama bekas Perdana Menteri itu.
“Untuk lebih drastik, sebagai tanda hilang kepercayaan itu, Muhyiddin boleh juga meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi masih kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO.
“Jika tidak, perjuangan kebenaran ini mungkin akan memakan masa yang lebih lama dan belum tentu dapat dipastikan akan berjaya atau sebaliknya kerana Perdana Menteri tidak semudah itu mahu mengalah atau berundur,”katanya.
Tegasnya, Muhyiddin tidak perlu risau dengan sokongan rakyat kerana mereka tidak sabar untuk melihat Najib disingkir kerana terlalu banyak onar yang ditimbulkannya dalam mentadbir negara. (IH)
1 comment:
Dalam mengambil apa jua tindakan Muhyiddin perlu berhati-hati dengan orang di sekelilingnya. Silap langkah nanti akan ada seorang pemuda jambu yang buat laporan polis bahawa dia telah diliwat. Harap beliau ambil nasihat daripada Musa Hitam.
Post a Comment