Monday, April 06, 2015

Ini Senjata, Paksa Najib Turun Dari PM? (8)

 PUTRAJAYA: Former Corporal Sirul Azhar Umar’s defence team will ...  

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?   
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke...  
Siri 5: Jasa, Benteng Pertahan Najib Akan Serang Balas Pel...  
Siri 6: Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah, Siapa Gantinya?
Siri 7: PM Letak Jawatan: Khairy Berpihak Kepada Tun M? 
Siri 8:

INI Senjata,Paksa Najib Turun Dari PM? 

DIRAMALKAN, inilah senjata atau kunci rahsia yang boleh memaksa Najib turun dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad meneruskan lagi serangannya kepada Najib Razak dengan mendedahkan bahawa Sirul Azhar Umar, anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya tetapi kini melarikan diri ke Autralia, pernah menjadi pengawal peribadinya suatu ketika dahulu.

Kata Tun Mahathir, sewaktu bekerja dengannya, Sirul tidak pernah pula membunuh sesiapa. Sebagai makluman,  ketika didakwa melakukan pembunuhan Altantuya, Sirul adalah salah seorang pengawal peribadi ditugaskan menjaga Najib Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tiada sesiapa tahu atau sedar bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadi Tun Mahathir sebelum ini.

Ia tidak pernah disebut di mana-mana atau didedahkan oleh sesiapa, termasuk ketika perbicaraan di mahkamah. Dengan pendedahan Tun Mahathir ini bukan saja  menunjukkan beliau tidak menunjukkan tanda-tanda akan berganjak sedikit pun daripada apa yang telah dimulakannya. Bahkan akan meneruskan dengan maklumat-maklumat baru lebih menarik lagi, yang mungkin itu menjadi kunci azimat  rahsia peluru kekuatan tembakannya.

Ramai yang mula meneka-neka ketika ini mengenai hubungan Tun Mahathir dengan Sirul, termasuk tindakannya melarikan diri ke Australia yang dilihat semata-mata untuk mengelakkan hukuman mati keatasnya. Tidak disangkal juga bahawa apabila Tun Mahathir mengatakan Sirul tidak pernah membunuh sesiapa ketika bertugas dengannya, ia adalah isyarat paling jelas bahawa anggota polis itu melakukannya semata-mata kerana menurut arahan.

Siapa yang memberi arahan itulah yang perlu disiasat? Jika Sirul menerima arahan daripada ketuanya, siapa pula yang memberi arahan kepada ketuanya itu? Tidak syak lagi pendedahan Tun Mahathir bahawa Sirul pernah bekerja dengannya adalah sesuatu yang dikatakan tambah memeningkan lagi kepala Najib ketika ini.

Tambahan lagi dengan ayat maut yang dilontarkannya, "Dia tak bunuh sesiapa pun ketika bertugas dengan saya".

Persoalannya kini ialah apakah Tun Mahathir mempunyai lebih banyak maklumat mengenai Sirul?  Apakah selepas ini maklumat itu akan didedahkan satu persatu untuk menekan Najib? Selain isu 1MDB yang digembar-gemburkan, apakah isu Sirul ini sebenarnya yang lebih dulu membuatkan Najib makin terhenyak kebingungan, ditembak oleh peluru kental Tun Mahathir itu.

Lalu akhirnya Najib meletak jawatan?  (IH)

Bersambung.

1 comment:

Anonymous said...

OH SENANG NYE DAH SALAH TURUN.TAK PAYAH KENA HUKUM MANA PUNYA UNDANG UNDANG GAMPANG NI.DULU ANAK HINDU PATRIA YANG MEMERINTAH 22 TAHUN PUN MACAM TU .TURUN TAK KENA HUKUMAN PUN ATAS ALASAN JASA BELIAU MENCURI MEMBUNUH TELAH BANYAK DILAKUKAN.INI LAH YANG MEMBUAT NEGAR INI ROSAK.NAJIB PATUT DITANGKAP DAN DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI KERNA BANYAK KESALAHAN.NAJIB KENA AMBIL NOMBOR MACAM JAMALUDIN JARJIS CAKAP.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails