
SEREMBAN – Sindiket judi internet di negeri ini dilihat lebih licik iaitu menggunakan tablet dalam menjalankan kegiatan haram mereka dan bukan lagi monitor komputer di kafe siber.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nor Azman Muhamad Yusuf berkata, penggunaan gajet baharu itu dilihat lebih fleksibel kerana ia mudah dibawa dan boleh diakses di mana-mana sahaja antaranya medan selera, pusat snuker, kafe dan bengkel kenderaan.
“Mereka (penganjur) mencari pelanggan dengan menggunakan tablet sendiri, kalau pelanggan hendak main (berjudi) mereka akan memasukkan kata laluan.
“Pelanggan juga boleh membawa tablet mereka sendiri dan diberi kata laluan (penganjur). Ianya ditawarkan kepada pelanggan yang dikenali sahaja,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Ini, taktik baru berjudi, licik dan canggih. Kerajaan yang terbiasa makan hasil judi 'tak peduli halal haram dari sudut agama', tak berminat ke nak keluarkan lesen? (IH)
No comments:
Post a Comment