LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke...Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 5:
"Kenapa beliau (Dr Mahathir) hendak membangkitkan isu Sirul (Koperal Sirul Azhar Umar) yang sudah diputuskan mahkamah?
Jasa, Benteng Pertahanan Najib Akan Serang Balas Bukan Lagi Bertahan, Dari Tembakan Peluru Dr M..
Jabatan
Hal Ehwal Khas (Jasa), akan mengambil langkah menangkis tuduhan baharu
yang dibuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu
pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Tidak senang dengan tindakan Dr Mahathir semalam yang membangkitkan
kembali kes yang sudah selesai di mahkamah itu, Pengarah Jasa Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mempersoalkan niat bekas pemimpin utama negara tersebut.
"Kenapa beliau (Dr Mahathir) hendak membangkitkan isu Sirul (Koperal Sirul Azhar Umar) yang sudah diputuskan mahkamah?
"Bagi saya, ini tidak wajar, seolah-olah beliau ingin mengatakan beliau
mempunyai bukti baharu. Tetapi pada saya, beliau hanya ingin
mengaitkannya dengan perdana menteri," beliau dipetik berkata dalam
laman berita Astro Awani hari ini.
Menyedari kesan yang bakal terpalit kepada Datuk Seri Najib Razak, Puad berkata Jasa akan mengambil tugas dan tanggungjawab menangkis persepsi negatif yang timbul daripada kritikan Dr Mahathir.
Katanya, badan propaganda Putrajaya itu tidak akan mengambil langkah bertahan lagi tetapi sebaliknya akan lebih “menyerang” dalam menangkis tuduhan dibuat ke atas Najib itu.
"Kita tahu kenyataan Dr Mahathir dalam blog beliau yang terbaharu ini sudah menjadi viral dan kita anggap ia (pandangan) terlalu negatif. Jadi, Jasa akan berdepan dengan perkara seperti ini dan bukan bersikap defensif, tetapi 'serang' (menerusi media sosial)," katanya.
Dr Mahathir dalam blognya yang popular chedet.cc sekali lagi meneruskan serangan ke atas Najib, membangkitkan peranan Sirul yang juga pegawai khas Najib dalam pembunuhan model itu.
"Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh (dijatuhkan hukuman bunuh) kerana menjalankan arahan," tulis Dr Mahathir.

Kritikan tersebut dilihat serius sehingga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan Umno mengadakan perbincangan tertutup bersama Dr Mahathir bagi membincangkan perkara itu.
Penulis blog Umno juga berdiam diri dalam isu dibangkitkan pemimpin negara yang berpengaruh tersebut. Kritikan semalam dilihat sebagai paling keras perdana menteri paling lama berkhidmat itu yang membayangkan Umno dan Barisan Nasional bakal hilang kuasa jika masih di bawah pentadbiran Najib dalam pilihan raya umum akan datang.
Demikian dari sumber The Malaysin Insider.
Ertinya, pertempuran mulai berlaku, Najib mula agrasif pertahankan kedudukannya. Jangan sampai tumbang, terpaksa letak jawatan PM..
(IH)
4 comments:
Jasa akan bergabong dgn puak perkasa dan perkida jadi jasapuki kah kah kah
Kurang ajar. tak tau nak sopan.
Mengapa unit propaganda Jasa begitu terdesak untuk menjawab soalan-soalan Mahathir sedangkan Mahathir menujukan soalan-soalan itu kepada Najib bukan Puad??
Sepatutnya Najib berbahas dengan Mahathir secara terbuka supaya rakyat boleh menilai sendiri siapa yang salah dan siapa yang betul.
Adakah Najib berani berbahas dengan Mahathir?
GST telah menyebabkan rakyat menderita kerana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melampaui batas di waktu pemimpin-pemimpin BN sedang hidup serba mewah ! Dua setiausaha Najib telah meninggal dunia dalam masa 5 hari ! Adakah GST telah menjadi bala ke atas pentadbiran Najib? Semoga Najib dan kroni-kroninya bertaubat dan membatalkan GST !
" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berfirman : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama." Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan
Post a Comment