Sunday, April 26, 2015

Kerana Arak, Wanita Ini Buka Baju, Dedah Payudara. Hee..

Rakaman video menunjukkan wanita warga Iran yang enggan membayar makanan dipesan menanggalkan pakaiannya di hadapan orang ramai di Jalan Petaling kelmarin.

KL: Seorang wanita warga Iran bertindak menanggalkan baju dan mendedahkan payudaranya dipercayai bagi mengelak daripada membayar makanan serta minuman keras yang dipesannya di sebuah restoran di Jalan Petaling di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, wanita terbabit telah pergi ke restoran nasi ayam tersebut bersama seorang lelaki warga asing yang didakwa teman lelakinya sebelum memesan makanan dan dua botol bir.

Sumber polis berkata, selepas habis makan wanita itu cuba meninggalkan restoran tersebut tanpa membuat bayaran sebanyak kira-kira RM20.

“Melihat keadaan itu, seorang wanita pekerja restoran itu berusaha menghalang wanita Iran berkenaan daripada meninggalkan kedai tersebut."

Maklumat terakhir diperolehi dari kedai-kedai berdekatan, wanita tersebut bertindak adalah kerana berada dalam keadaan mabuk.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Hadith Nabi SAW menyatakan, "Arak adalah kunci atau punca kejahatan." Orang minum arak atau mabuk, maka terbukalah kunci atau ruang berbuat kejahatan. Dia boleh makan minum tak bayar, buka baju, dedah payudara dan macam-macam lagi.

Bila lagi kerajaan Malaysia nak haramkan minum arak di khalayak ramai?
(IH)

No comments:

Post a Comment