Wednesday, April 08, 2015

Kes Cium: "saya rasa tidak menjadi masalah.." -Johan Raja Lawak.

 
 Johan DAN isterinya, Ozlly.


HALAMAN HIBURAN
DIBERITAKAN, Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya, Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz tidak pernah serius dalam menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya. 

Johan kemudian sewaktu ditanya mengenai tindakannya mencium isterinya usai diumumkan sebagai Pengacara Popular pada Anugerah Bintang Popular 2014 (ABP2014) baru-baru ini, Johan hanya menguntumkan senyuman.
 
“Dia merupakan isteri saya. Jadi, saya rasa tidak menjadi masalah untuk mencium Ozllyn di depan khalayak. Hubungan kami sah. Ciuman tersebut diberikan sebagai tanda terima kasih kerana dia sentiasa berada di sisi saya ketika jatuh dan bangun,” ujarnya ringkas.

Dengan tiada niat menghina sesiapa, mari kita lihat tindakan begitu dari sudut Islam.

Diangkat dari http://insafislam.blogspot.com: Tuesday, November 6, 2012: Hukum Suami Isteri Berpelukan Di Khalayak Ramai.

Soalan: Assalamualaikum.. Apakah hukum suami isteri berpelukan di khalayak ramai? Harap disertakan dgn dalil.. terima kasih,
muhammad azmeer bin arof
 Jawapan: 
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Hukum seorang lelaki memeluk isterinya adalah tidak berdosa, tetapi perbuatan mereka berpelukan di khalayak ramai adalah tidak wajar kerana ia boleh menimbulkan fitnah. Sedangkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menyatakan bahawa kesan angkubah daripada fitnah amat dahsyat sekali. Malah dosa memfitnah adalah lagi hebat daripada membunuh satu jiwa yang hidup. 
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
  • “...dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan...”.
(Surah Al-Baqarah 02: 217)

Ringkasnya, carilah tempat yang lebih sesuai untuk menyatakan perasaan kasih dan sayang sesama pasangan suami isteri. Wallahu 'alam.

Sila lihat pula jawapan Ustaz Azhar Idrus..

Video:  Ustaz Azhar Idrus-Cium Isteri Depan Orang Ramai


Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

4 comments:

kerja sendiri said...

bukan tak boleh comolot isteri sendiri tapi carilah tempat yang tertutup. walaupun artis pujaan ramai, salah tetap salah dan betul tetap betul.

Anonymous said...

NYESAL TEMAN BAGI UNDI KAT ORANG YG BODOH NI. MAMPOIH MU...

Anonymous said...

apalah nak dibangga ada isteri yang tak mampu ikut perintah Allah di dedah depan khalayak ramai
ini tanda ada kurang sikit

dulu dakwah kepada orang kapir untuk masuk Islam lani dakwah untuk orang Islam supaya ikut ajaran Islam

banyak kerja nak kena buat
dunia n akhirat jangan dipisahkan

awang samiun said...

Jom boikot dia ni. Memalukan saja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails