INIlah dua
wanita yang mendakwa dari Laos ditahan polis kerana terlibat dalam
aktiviti pelacuran di Jalan Bukit Baru, Melaka kelmarin
MELAKA: Malaysia menjadi negara 'sarang pelacur', tempat pelacur-pelacur luar negara cari makan, yang sudah tentu Malaysia juga dapat hasil manfaatnya, walau dengan perniagaan najis zina tersebut.
Hal disifatkan berlaku, apabila hasrat dua wanita warga Laos meraih pendapatan mudah dengan
melacurkan diri tidak kesampaian apabila kedua-duanya dicekup polis
dalam satu serbuan Ops Noda di sebuah hotel di Jalan Bukit Baru di sini
kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira pukul 7 malam yang dilakukan oleh sepasukan
polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat
Polis Kontinjen (IPK) Melaka diketuai Inspektor Hafiz Hodari itu,
kedua-dua pelacur berusia 20 dan 22 tahun tersebut dicekup semasa berada
di bilik masing-masing di tingkat bawah hotel berkenaan.
Sumber polis memberitahu, semasa serbuan, salah seorang mereka yang
berusia 20 tahun baru selesai melayan pelanggannya yang merupakan
seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun.
“Siasatan awal mendapati pelanggan itu mengaku melanggan wanita Laos
terbabit dengan bayaran sebanyak RM160 dan semasa diserbu pelanggan itu
baru hendak pulang,” kata sumber polis itu ketika ditemui di lokasi
kelmarin.
Menurutnya, seorang lagi pelacur yang berusia 22 tahun pula dicekup
ketika sedang menunggu pelanggan dan dipercayai turut mengenakan bayaran
yang sama untuk sekali perkhidmatan seks.
Nampaknya, Malaysia seolah-olah tidak mampu menyelesaikam masalah pelacuran haram atau pelacuran 'halal' ('halal' dari sudut negara walaupun haram dari sudut sudut agama Islam yang menjadi agama bagi Persekutuan) di negara ini.
Apakah pemimpin Malaysia terlalu dayus dalam menangani masalah pelacuran? Na'auzubillahi minzalik. (IH)
Pompuan Laos kena GST ke kat pelanggan lelaki nya tak ????
ReplyDeleteSbb Pas + Pkr sokong Dap yang sudah kerja kesukaan mereka... he..he..
ReplyDeletemana dalang ni menyorok tak pernah kena tangkap
ReplyDeletebanyak toke besar jenayah jarang dihadap ke mahkamah
mustahil tak tak tau cari dalang
dah lama dah benda ni