Saturday, April 04, 2015

Lihat Pakaian Misi Atlet M'sia 'Islam Adalah Agama Persekutuan'..














VIVIAN (kiri) dan Khe Wei tewas kepada pasangan China pada aksi suku akhir Terbuka Malaysia semalam, sekali gus menamatkan cabaran pemain negara pada kejohanan berstatus Siri Super Premier itu.  

SUKAN 

PENGARAH Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen berkata, aksi hambar pemain negara pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia tahun ini sudah dijangka.

Jelas bekas pemain Denmark itu, kekurangan pada kali ini lebih dirasai dalam kategori perseorangan lelaki kerana tiada pemain yang berada di bawah naungan BAM melepasi pu­singan kelayakan.

“Berdasarkan pemerhatian, pemain acara perseora­ngan lelaki masih memerlukan masa untuk memperbaiki pres­tasi dan saya akan mencari pendekatan yang terbaik bersama jurulatih-jurulatih untuk tujuan tersebut.
“Kami akan memberikan tum­puan kepada semua pemain termasuk barisan muda selain membawa masuk beberapa muka baharu. Bagi saya, pemain-pemain dari negara lain juga tidak jauh berbeza dengan mereka.
“Begitupun, China masih merupakan kuasa besar sukan badminton dan mereka mendominasi kejohanan ini,” kata Frost semalam.

Chong Wei Feng, Liew Daren dan Goh Soon Huat gagal membawa impak pada kejohanan di Stadium Putra, Bukit Jalil itu selepas tewas pada pusingan pertama kelayakan Selasa lalu. Nasib yang sama berlaku dengan perseorangan wanita apabila Tee Jing Yi, Lim Yin Fun dan Lim Chiew Sien tersingkir pada pusingan kelayakan.

Lihat pakaian misi atlet Malaysia yang 'Islam Adalah Agama Persekutuan'..  (IH)

2 comments:

kampong lad said...

yes, islam agama persekutuan tapi agama2 lain boleh dipraktik dgn aman, so, what's your problem?

Anonymous said...

Wakil atlet negara umat Islam kepada dunia layakkah berpakaian begitu?

Wajarkah Msia kononnya negara Islam contoh?

Kalau Rasul SAW masih hidup, begitukah misi negara Islam Madinah?

ya, buka sikit minda anda..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails