Tuesday, April 21, 2015

'Malaikat' Versi Bangla, Lagu Viral Popular, Boleh Jadi Hiburan M/Sosial Trend Baru?


HALAMAN HIBURAN
LIHAT berita ini Siakapkeli.com.my ...

Pasti ramai tidak menyangka yang lagu viral popular parodi Hazama berjudul Malaikat versi bangla sebenarnya bukan dinyanyikan oleh seorang warga Bangladesh tetapi dinyanyikan oleh seorang lelaki berbangsa Melayu.

Nampaknya sudah ramai terkena termasuklah SK sendiri apabila perkara ini telah didedahkan oleh sebuah rancangan hiburan terbitan Astro. Video sebelum yang menjadi viral hanya menunjukkan muka warga Bangladesh tanpa memaparkan wajah sebenar penyanyi tersebut.

Tahukah anda sebenarnya penyanyi lagu tersebut adalah saudara Mohammad Hillas Ali yang merupakan peserta Pelamin Fantasia iaitu satu program realiti terbaru terbitan Astro.

Hilas yang merupakan seorang polis bantuan yang telah berjaya membuatkan ramai orang keliru kerana sebutan dan suara yang dinyanyikannya mirip lelaki Bangladesh.


Kerana video tersebut mendapat sambutan hangat, Hilas sempat berjumpa sendiri dengan Hazama untuk memohon maaf  kerana telah parodikan lagu nyayiannya. Hilas juga sempat berseloroh dengan mengajak Hazama berkolaborasi dengannya pada masa akan datang.

Menurut Hilas, idea menyanyikan lagu tersebut datang secara spontan dan tujuan dia merakam video tersebut adalah untuk tatapan ibunya. Sehingga hari ini, Hilas sendiri tidak tahu bagaimana audionya boleh menjadi viral.

Pemuda berusia 25 tahun ini bersama pasangannya Asmidar Ahmad seorang guru, menyertai Pelamin Fantasia kerana mahu merealisasikan impian perkahwinan Taman & Tradisional mereka. (Siakapkeli.com.my/Sumber:Astro Gempak)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah perkara ini digembeling ke arah menjadikan suatu gaya baru hiburan dalam media sosial yang mempunyai matlamat terancang untuk pembangunan insan dan negara? Cuba-cubalah fikirkan. 

Lihat videonya..
Video yang menjadi viral dilaman sosial
Hilas menyanyikan kembali lagu tersebut
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails