Sunday, April 05, 2015

Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah, Siapa Gantinya? -Tun M (6)


Dr Mahathir Mohamad.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?   
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke... 
Siri 5: Jasa, Benteng Pertahan Najib Akan Serang Balas Pel...
Siri 6:

Najib Harus Letak Jawatan - Desakan Terbuka Tun M
CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan demi menyelamatkan negara dan Umno. Beliau berkata prestasi Najib sebagai Perdana Menteri lebih teruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Sekiranya Umno mahu diselamatkan sudah tiba masanya untuk menukar kepimpinan parti itu. Siapa yang akan menggantikannya terpulang kepada Umno tetapi beliau harus letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan kepimpinan 'What Youth Should Know' di sini Sabtu.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau sudah melepasi tempoh senyapnya dan perlu lantang bersuara kerana reputasi negara di peringkat global semakin buruk semasa di bawah pemerintahan Najib.

"Saya tidak marah. Saya hanya fikirkannya demi negara kita. Saya berdiam diri sejak beberapa tahun tetapi sekarang saya sudah melepasi tempoh senyap saya.
"Negara kita terkenal sebagai salah sebuah negara yang memiliki pentadbiran yang baik. Tetapi sekarang tidak lagi. Sekarang akhbar luar negara melabelkan Malaysia sebagai sebuah negara paling korup," katanya.

Dr Mahathir turut mengkiritik Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Terdahulu, Dr Mahathir menjawab pelbagai isu kontroversi semasa sesi soal jawab diadakan. Antara isu yang dibangkitkan adalah hukum hudud, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan hubungan antara kaum. (mStar)

Tun Mahathir menyerang PM Najib dengan peluru berpandu (kata-kata) yang lebih keras dan kuat lagi.. Berapa lama lagi PM Najib boleh tahan?

2 comments:

Anonymous said...

Najib buat bodo buat do no.

Anonymous said...

Najib ada senjata rahsia iaitu peluru berpandu Bik Mama, sekali najib launch peluru ni mau rebah meroyan che det tu beb.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails