Thursday, April 02, 2015

Penderaan Seksual, Bekas Pengurus Tegar Ditahan


Tegar

HALAMAN HIBURAN
KL: Bekas pengurus penyanyi remaja Tegar Septian iaitu Arif Dollah telah ditahan oleh pihak berkuasa Singapura susulan laporan penderaan seksual yang dilakukan terhadap artis dari Indonesia itu.

Berita Harian Singapura pada Rabu melaporkan, penangkapan itu telah disahkan oleh pihak polis selepas mereka menerima dua laporan yang dibuat oleh sorang lelaki berusia 29 tahun.

Laporan itu menyebut, siasatan terhadap suspek yang merupakan rakyat Singapura telah dilakukan oleh pihak polis negara itu pada petang Rabu.

Bekas pengurus berkenaan didakwa melakukan penderaan seksual terhadap Tegar yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang.
 
mStar Default Image
Tegar liwat
Tegar (gambar atas kiri dan gambar bawah atas belakang ) bersama bekas pengurusnya Arif.

Tegar sebelum ini dilaporkan telah membuat laporan serupa kepada badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indoensia. Terdahulu Tegar dalam satu sidang media di Istana Budaya pada pertengahan Mac lalu mendedahkan selama ini dia berdiam diri terhadap perbuatan buruk pengurusnya itu kerana berasa malu.

Tegar juga mendakwa Arif pernah menemaninya mandi selain dengan sengaja merapatkan tubuhnya sehingga kemaluannya terkena di bahagian duburnya. Bagaimanapun, Ariff dalam satu kenyataan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Tegar berkata, dia mendapat keberanian untuk bersuara selepas bertemu dengan bekas anak tiri Arif yang dikenali sebagai Sufie Rashid yang turut mendakwa pernah menjadi mangsa lelaki berusia 30 tahun itu.

Selain Tegar, penyanyi dari Singapura Sufie Rashid turut membuat laporan polis kerana mendakwa turut didera secara seksual oleh Arif sekitar 12 tahun lalu.

Sufie dalam sidang medianya di Malaysia sebelum ini memberitahu, Arif melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap dirinya ketika dia berusia 13 tahun. Dia juga memaklumkan telah membuat laporan polis pada 25 Februari lalu dan siasatan sedang dijalankan. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails