Radikalisme Muslim Berkembang Kerana Penerapkan Syariah Islam.
Demontrasi anti syariah Islam Australia. ©2015
KL: Radikalisme
atau militan muslim berkembang adalah kerana sesebuah kerajaan
(Australia) membiarkan sebahagian orang menerapkan syariah Islam. Maka ratusan warga di beberapa bandar Australia kemarin mengumumkan menolak apa yang mereka tuduh 'ekstremisme' pemeluk Islam.
Penunjuk perasaan menuduh menyatakan ada segelintir umat Islam di
Negara Kanguru itu ingin menyebarkan bibit-bibit kebencian dan
keganasan. Perarakan
iti digerakkan oleh kumpulan 'Rebut Kembali Australia', seperti yang dilaporkan oleh Channel News Asia, Minggu (5/4).
"Kami menyokong nilai-nilai Australia, menolak ekstremisme Islam, tapi
kami tidak membenci umat muslim," kata jurucakap Gerakan Rebut Kembali
Australia, Catherin Brennan. Dia mendakwa gerakan mereka juga disokong oleh muslim moderat di negara itu.
"Di Sydney dan Melbourne, ada wakil umat muslim ikut menandantangani
petisyen kami," kata John Oliver, salah satu penunjuk perasaan yang
terlibat dalam aksi semalam.
Aksi 'Rebut Kembali Australia' diumumkan di Bandar Sydney, Melbourne, dan Queensland. Beratus-ratus penunjuk perasaan membawa poster yang bertuliskan 'No Islam, No Sharia, No Halal'. Di Sydney, peserta perarakan berkumpul di Daerah Martin Place, yang awal tahun ini menjadi lokasi tebusan simpatisan ISIS.
Aksi ini mendapat perlawanan dari puluhan kumpulan lain. Contohnya Clare Fester, warga kulit putih Australia, yang mendapat sokongan dari kaum muslim di Sydney berkata..
"Sambutan yang mereka isytiharkan itu rasis, kerana menyamakan seluruh umat
Islam penyuka kekerasan, menyokong keganasan, dan anti hak-hak
perempuan."
"Sebenarnya demontrasi pemikiran rasis perkauman seperti di ataslah
yang melebarkan lagi jurang pertentangan perkauman dan kepelbagaian
agama." Komen dari Weblog Ibnu Hasyim. (IH)
No comments:
Post a Comment