Tuesday, April 28, 2015

Sarang Pelacur Pangsapuri Kalibata City Diserbu..

Ini Alasan Apartemen Mudah Jadi Tempat Prostitusi
Reuters

Kisah Perniagaan Najis Zina Di Negara Umat Islam Terbesar Di Dunia (Siri 3)
Siri 1: Pilih-Pilih, Niaga Najis Zina Dalam Internet. Jom ...

Siri 2: Gadis Miskin Di Bawah Umur Terlibat Niaga Najis Zi...

AGEN atau balaci FHM, yang ditangkap polis di Pangsapuri Kalibata City, Jakarta, telah dipastikan tidak bekerja sendiri. Dari pemeriksaan awal, polis sedang meneroka suspek lain yang menjadi dalang perancang pelaku dalam perniagaan najis zina ini.

ini, kira-kira yang disampaikan Pengarah Jenayah Umum Polda Metro Jaya, Kombes (Pol) Heru Pranoto, Ahad 26 April 2015, ketika serbuan penahanan enam gadis yang menjadi penjaja seks. Tiga daripada mereka adalah anak di bawah umur. Usianya 14 tahun, 16 tahun, dan 17 tahun. 

"Kita sudah melakukan pemeriksaan. Sedang dilakukan penyelidikan, kemungkinan ada kerja sama dengan suspek lain," kata Heru Pranoto. 

Menurut Heru, tugas utama suspek FHM hanya sebagai pengantar wanita-wanita yang telah ditempah lelaki pemaksiat atau hidung belang.  

"Sedang dicari tahu, apa ada kaitannya dengan tugas pelaku. Tetapi, ini masih kita sembunyikan," ujarnya. 

FHM, bapa ayam Esek-esek Online, memasang tarif sebesar Rp600 ribu hingga Rp800 ribu (kira-kira RM180 ke RM240) per jam kepada lelaki yang ingin gadis-gadis di bawah umur dalam koleksinya. 

Dua bilik di Tower H tingkat 8 AU dan di Tower J tingkat 5 CT, pangsapuri Kalibata City menjadi buah bibir belakangan ini. Bilik tersebut diketahui dijadikan tempat untuk menampung gadis-gadis cantikdi bawah umur yang akan diperjualbelikan.

Bilik itu akhirnya digerebek oleh Polda Metro Jaya pada Sabtu, 25 April 2015 sekitar pukul 16.00 WIB. Suspek yang ditahan oleh polis, FHM, juga diketahui adalah admin dari sebuah forum internet yang menawarkan gadis-gadis polos tersebut.

Polisi Kejar Otak Bisnis Esek-esek Online Kalibata City 

Pangsapuri menjadi tempat subur untuk melakukan perniagaan pelacuran kerana para penghuni banyak yang tidak mengenal penghuni lain. Hal itu diakui oleh seorang penghuni yang tidak ingin disebut namanya.

"Kita ya memang tidak begitu akrab dengan penghuni-penghuni lain. Kenal sih kenal beberapa, tapi ya nggak terlalu intim, kerana kita kan nggak berani juga tanya hal-hal yang sifatnya peribadi," kata penghuni Tower J tingkat 4 tersebut, Jakarta, Minggu, 26 April 2015.


Berkaitan dengan peristiwa penggerebakan yang berlaku pada Sabtu kelmarin, penghuni tersebut juga mengaku tidak begitu tahu detail kejadiannya kerana ia sedang berada agak jauh dari tempat kejadian. Mengenai anak-anak remaja yang dicekup, mereka mengaku sebagai penghuni pangsapuri biasa.


"Kalau remaja, pekerja seks yang keluar masuk, sih sering lihat. Saya berfikir positif sahaja kalau mereka tinggal di sini atau kerabat orang sini," ungkapnya.
 


Sebelum ini, Heru Pranoto mengatakan FHM mempunyai dua bilik berbeza di pangsapuri Kalibata City. Dua bilik yang digerebek polis tersebut mempunyai fungsi berbeza.Satu bilik dijadikan tempat menampung para gadis, sedangkan satu bilik lain sebagai tempat untuk melayani lelaki-lelaki pemaksiat hidung belang. 

Disaring dari VIVA.co.id.
(IH)

No comments:

Post a Comment