Saturday, April 04, 2015

Saudi Terpukul, Syiah Houthi Tawan Tengah Aden, Mara Ke Kediaman Presiden.


GAMBAR yang dirakam pada Rabu lalu ini menunjukkan penyokong kumpulan Syiah Houthi berdemonstrasi menentang serangan udara yang diketuai Arab Saudi di Sanaa, Yemen.- REUTERS

ADEN, Yemen – Kumpulan Syiah Houthi dan sekutu-sekutunya menawan satu kawasan di tengah bandar Aden kelmarin sekali gus memberi satu tamparan hebat kepada pakatan tentera diketuai Arab Saudi yang telah seminggu cuba menyekat kemaraan mereka melalui serangan udara.

Beberapa jam selepas kumpulan Houthi menawan kejiranan Crater di sini, mereka mencapai satu lagi kemenangan simbolik dengan mara ke kediaman Presiden berhampiran kawasan tersebut, kata beberapa penduduk setempat.

Bandar ini menjadi kubu terakhir kepada pejuang yang setia kepada Presiden Yemen, Abd-Rabbu Mansour Hadi. Abd-Rabbu yang disokong Arab Saudi melarikan diri dari Aden minggu lalu hanya mampu melihat kerajaannya runtuh dari Riyadh.

Menjelang malam, penduduk di sini mendakwa kumpulan Syiah yang mendapat sokongan Iran itu telah sampai ke kawasan pelabuhan Mualla di bandar ini. Seorang pegawai kanan tentera di Washington bagaimanapun menolak kebarangkalian Arab Saudi menghantar tentera darat selepas serangan udara tidak memberi impak besar dalam usaha menyekat pergerakan kumpulan Houthi.

“Saya tidak fikir mereka akan lakukannya. Saya rasa mereka menyusun barisan tentera di sempadan bagi mengekang serangan pemberontak. Kedudukan mereka kini dalam keadaan mempertahankan diri,” kata pegawai yang enggan dikenali itu.

Selepas serangan ke atas kawasan Crater, sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali dilihat turun dari sebuah kapal di Mualla. Seorang pegawai pelabuhan mendakwa mereka adalah pengawal bersenjata dari sebuah kapal perang China untuk memindahkan rakyat negara itu yang terperangkap dalam konflik peperangan. – Reuters

2 comments:

Anonymous said...

ada beberapa negara pembuli ddunia ini, ingatlah saddam hussain, nasib mereka takkan jauh,kalau setakat serang orang awam tak payah perang,

Anonymous said...

Hg tau apa itu syiah houthi??? Ni puak syiah yg jahat yg nak hancurkan islam trutama islam sunni..syiah adalah golongan sesat trmasuk iran , hezbollah bashar alassad...lu ada tau??? Buat la kajian skit kenapa arab saudi serang puak syiah laknatullah ni...siapa puak houthi..jgn mai sdp komen...use ur brain la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails