Thursday, April 02, 2015

Seks Terganggu, Wanita Saman £2.4 Juta. Menang.


TAIT bersama suaminya, Russell berdepan masalah dalam kehidupan seksual akibat kecuaian doktor yang memeriksanya. - AGENSI


LONDON – Seorang ibu kepada tiga orang anak memenangi saman ganti rugi kira-kira £2.4 juta (RM13.1 juta) selepas menderita ketiadaan keseronokan seksual berikutan kelewatan penangguhan pembedahan tulang belakang.

Wanita berkenaan, Heather Tait, 34, dalam satu perbicaraan memberitahu, keghairahan dalam kehidupan seks bersama suaminya, Russell musnah akibat kecederaan yang dialami.

“Ganti rugi ini wajar kerana Tait sudah sampai ke tahap merasakan bahawa tiada gunanya lagi mengadakan hubungan seks,” kata Hakim Martin McKenna yang membuat keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi London baru-baru ini.

Tait yang menguruskan perniagaan fotografi sendiri di Sutton Coldfield, Birmingham di sini dibawa ke Hospital Besar Cheltenham pada Julai 2009 kerana mengalami sakit belakang yang teruk.

Walaupun doktor mengesyaki Tait mungkin mengalami tulang tergelincir atau kecederaan pada tulang lembut, namun dia disuruh pulang tanpa menjalani imbasan magnetik resonan (MRI). Apabila dia datang semula ke hospital keesokan harinya, ujian MRI mengesahkan Tait mengalami tulang tergelincir yang sangat serius.

Kelewatan menjalani pembedahan yang tertangguh selama dua hari membuatkan Tait menghidap sindrom cauda equina iaitu kesakitan tulang belakang yang dahsyat sekali gus menjejaskan kehidupan seksualnya. – AGENSI

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails