Sunday, April 19, 2015

Si Cincin Berlian.. Najib-Rosmah Saman Rafizi Percepat Kejatuhan? (23)



LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli. 

Najib dan Rosmah mendakwa Rafizi telah memfitnah mereka dengan menyatakan kenaikan harga bahan api akan membolehkan Rosmah membeli lebih banyak cincin berlian, dalam satu forum pada November tahun lepas. Turut dinamakan dalam saman itu ialah Chan Chee Kong, yang dikatakan pemilik saluran Youtube Media Rakyat. 

Rafizi pula teruja untuk berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor di mahkamah. Beliau memberitahu Malaysiakini demikian dalam reaksinya terhadap saman fitnah yang difailkan Najib dan Rosmah terhadapnya

Ahli Parlimen Pandan itu berkata ia akan menjadi "perbicaraan abad ini" kerana ia adalah saman pertama yang melibatkan Rosmah. Rafizi berkata, peguamnya akan lebih teruja kerana mereka akan dapat menyoal balas Rosmah sebagaimana mereka lakukan dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengapa Rafizi berkata begitu? Seolah-olah mahu sangat beliau disaman? Apakah beliau menganggap pembongkaran kisah si cincin berlian ini boleh mempercepatkan ranapnya kebesaran singgahsana Najib sekarang ini? (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails