Wednesday, April 01, 2015

Sungai Golok Yang Hampir Kering, Ini Doa Untuk Penghuninya..

Beberapa orang penduduk menyeberangi Sungai Golok di Rantau Panjang semalam yang semakin cetek selepas berlaku kemarau sejak Februari lalu. 

RANTAU PANJANG: Cuaca panas yang melanda negara sejak bulan lalu menyebabkan Sungai Golok di sini yang menjadi sempadan antara Malaysia dan Thailand hampir kering apabila paras air sungai itu surut sehingga paras paha.

Keadaan air Sungai Golok yang mempunyai kedalaman maksimum sehingga sembilan meter dan kelebaran kira-kira 30 meter itu dikatakan beransur surut sejak Februari lalu. 

Lapor Kosmo! Online sebentar tadi.

Tinjauan Kosmo! di sungai tersebut tengah hari semalam mendapati air Sungai Golok di Pengkalan Che Kasem dan Lorong Klinik mengalami penyu­sutan dengan pasir sungai kelihatan di bahagian tepi sungai. Dalam cuaca panas yang mencatatkan suhu 32 darjah Celsius pada pukul 1 tengah hari semalam, gigi air semakin ke tengah sungai dan bahagian tengah sungai pula dianggarkan berada pada kedalaman paras paha orang dewasa sahaja.
 
Seorang penduduk tepi Sungai Golok di kawasan Lorong Klinik, Yusof Hasam, 65, berkata, air sungai dilihat semakin cetek sejak Februari lalu kerana cuaca panas.

“Lepas banjir besar, sekarang jadi kemarau besar pula. Semasa banjir pada Disember tahun lalu, air Sungai Golok melimpah sehinggakan air naik sampai paras pinggang di dalam rumah kami. 

Bagi orang-orang Islam kita perlu sentiasa ingat bersama dengan Allah SWT, ini doa ketika ditimpa bencana. Ini yang perlu menjadi amalan kita, disamping berusaha menanganinya.


Ertinya:

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi da Tuhan Arasy yang mulia.

Ertinya:
Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.
Ertinya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah tergolong daripada orang-orang yang zalim.
Ertinya:
Allah, Allah Tuhanku, tidak akan aku sekutukanNya dengan sesuatu.
Sekian.
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails