Friday, April 17, 2015

Video: ISIS/Hijab, Dia Membela Wanita Muslim Ini Dihina..


SEORANG perempuan Australia di Bandar Sydney bernama Stacy Eden berlaku cukup heroik ketika dia membela seorang wanita muslim yang memakai tudung di dalam keretapi.

Seorang penumpang lain, perempuan lebih tua, menghina wanita muslim itu kerana dia memakai hijab. Perempuan tua itu menuduh muslimah itu dan seorang lelaki di sebelahnya sebagai penyokong kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) kerana memakai hijab.

Eden merakam kejadian itu dengan telefon bimbit beliau kemudian memuat naiknya ke laman jejaring sosial Facebook.

Rakaman video kejadian yang berlangsung kemarin itu bermula dengan suara perempuan tua itu yang duduk di seberang perempuan muslim, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Independent, Khamis (16/4).

"Kenapa kamu memakai hijab demi seorang lelaki yang berkahwin dengan anak enam tahun?" tanya perempuan tua itu.

Yang ditanya dan lelaki duduk di sebelahnya hanya diam saja.

Tapi Eden menjawab, "Dia memakai hijab kerana keinginannya. Dia memakai itu kerana ingin melindungi tubuhnya, bukan kerana orang seperti anda yang duduk di situ dan menghina dia."

Perempuan tua itu masih saja menyampaikan penghinaannya.

"Anak-anakmu memenggal orang di Syria," kata dia.

Eden yang mendengarnya cukup kesal lalu menjawab, "Jangan hanya duduk saja dan menghina orang lain yang tidak ada hubungannya dengan itu. Jika anda tidak boleh mengatakan hal-hal yang baik, jangan cakap apa pun."

Rakaman video itu langsung menyebar di media sosial dan mendapat banyak pujian serta komen. Mereka rata-rata memuji perbuatan Eden membela muslimah tersebut.

Berikut rakaman video semasa kejadian itu.
 
'Legend' Stacey Eden defends Muslim woman being abused on Sydney train 
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails