Sunday, April 19, 2015

Video: Penyokong Liverpool Hina Penyokong Sedang Solat.. Akan Diambil Tindakan



SUKAN
Liverpool: Gara-gara menghina peminat beragama Islam menunaikan solat di Stadium Anfield, seorang peminat pasukan bola sepak Liverpool akan di bakal dikenakan tindakan.

Kejadian tersebut berlaku 8 Mac lalu ketika pertemuan liga antara Pasukan tersebut dengan Blackburn Rovers apabila Stephen Dodds mencetuskan kontroversi di laman sosial Twitter apabila memuat naik gambar Asif Bodi dan Abu Bakar Bhula sedang bersolat ketika rehat separuh masa pertama.

Beliau memuat naik gambar tersebut dengan 'caption' berbunyi, "Orang Islam solat semasa rehat separuh masa perlawanan perlawanan semalam  #memalukan."


Kelab Bola Sepak Liverpool dalam kenyataan semalam telah menyatakan akan mengambil tindakan kepada individu yang menghina penyokong Islam tersebut dengan membuat satu laporan di Balai Polis Merseyside berkenaan tweet itu yang telah dimuat naik pada hari Ahad, 8 Mac.

Pihak polis telah menjalankan siasatan dan dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Liverpool untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu tersebut sehingga diberitahu kelak.


Kelab bola sepak tersebut juga mengeluarkan amaran kepada peminat-peminat bahawa mereka tidak akan bertolak ansur kalau terjadi lagi kes seperti ini dan menasihatkan supaya peminat tidak mewujudkan suasana diskriminasi dan komited dalam memastikan kelab tersebut mesra dan selamat untuk semua peminat tanpa mengira bangsa dan agama.

Video: Supporters turn on Muslims praying at football match related.


Peringatan kepada penganut Islam.. 
Video
: Hukum Hina Agama Lain. Ust Azhar Idrus.

Sila lihat sebelum ini..

E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah.

.E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails