Sunday, April 26, 2015

Wanita Buka Baju Dedah Payudara Itu Warga Tempatan Bukan Dari Iran.


 













TINDAKAN model dari Sabah yang mendedahkan payudaranya di khalayak ramai pada Khamis lalu memakan diri apabila dia ditangkap polis di sebuah hotel bajet di Jalan Sultan, Kuala Lumpur semalam.
KL: Wanita buka baju dan dedah payudara Khamis lalu adalah warga tempatan yang berasal dari Sabah dan bukan warga Iran seperti yang dilaporkan akhbar tempatan semalam. Dia seorang model dari Sabah yang bertindak menanggalkan baju sehingga mendedahkan payudaranya di Jalan Petaling di sini kerana enggan membayar harga dua botol minuman keras di sebuah restoran telah ditahan polis semalam.

Wanita berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 5.30 pagi di sebuah hotel bajet di Jalan Sultan di sini oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya mengesahkan bahawa wanita terbabit adalah warga tempatan yang berasal dari Sabah dan bukan warga Iran.
Katanya, wanita itu memberi butiran diri secara lisan apabila dia gagal mengemukakan sebarang dokumen diri ketika ditahan polis di hotel berkenaan.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, kita pergi ke hotel berkenaan dan menahan wanita terbabit untuk siasatan.
“Kami akan menjalankan ujian air kencing selepas siasatan awal mendapati wanita terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika ditahan,” katanya di sini semalam.

Lapor Kosmo! Online hari ini. (IH)

No comments:

Post a Comment