Tuesday, May 19, 2015

AS Lahirkan Produk Pengganas, Geng Motosokal Bertempur, 9 Terbunuh..

BEBERAPA anggota geng motosikal ditahan dan diawasi polis kelmarin.


WASHINGTON – Seku­rang-kurangnya sembilan anggota geng motosikal terbunuh di Texas semalam apabila satu pergaduhan melibatkan samseng berkenaan bertukar menjadi pertempuran senjata api di hadapan orang ramai yang ketakutan.
Dalam satu kenyataan kepada pemberita, polis berkata, mereka terkejut kerana tiada seorang pe­langgan pun yang sedang makan di beberapa buah restoran berdekatan ce­dera dalam keganasan itu.
Situasi ganas berlaku apabila lima geng motosikal bertempur di kawasan letak kereta menggunakan senjata api, belantan, pisau dan rantai.
“Sepanjang 34 tahun bertugas mengawal ke­selamatan, ini jenayah paling ganas pernah saya lihat. Darah terpercik di merata-rata tempat,” kata seorang anggota polis, Sarjan Patrick Swanton kepada akhbar Waco Tri­bune-Herald.
“Beberapa meter dari lokasi pertempuran, terdapat ramai keluarga yang sedang makan. Pergaduhan ini yang paling dahsyat pernah berlaku di bandar ini. Mereka turut menembak ke arah polis,” ujarnya.
Pergaduhan itu bermula di tandas restoran popular di Waco, Twin Peaks Sports Bar and Grill yang juga dikenali sebagai Central Texas Marketplace sebelum merebak ke kawasan bar dan tempat letak kereta.
Lokasi itu juga merupakan tempat istirahat geng-geng motosikal.
Polis, katanya, menye­dari kehadiran samseng-samseng motosikal itu le­bih awal dan mengerahkan anggota-anggotanya tetapi mereka tidak sempat menghalang pergaduhan daripada merebak menjadi pertempuran senjata api.
Pihak berkuasa turut mengarahkan semua pre­mis perniagaan di kawasan itu ditutup berikutan laporan lebih ramai anggota geng motosikal menuju ke lokasi tersebut untuk membantu konco-konco mereka.
Menurut akhbar tempatan, seramai 18 orang turut cedera, kebanyakannya akibat terkena tembakan dan tikaman.
“Polis turut merampas lebih 100 senjata di lokasi pertempuran,” kata Swanton.
Media Amerika Syarikat menyiarkan imej berpuluh-puluh suspek diberkas, di soal siasat dengan sebahagian lagi dibawa menaiki van-van polis.
Laporan awal menyebut samseng berkenaan me­rupakan geng Bandidos dan Cossacks tetapi polis kemudian memberitahu bahawa pertempuran itu melibatkan lima kumpulan motosikal yang berbeza.
Bandar Waco menjadi tumpuan media antarabangsa berhubung konfrontasi antara Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan anggota-anggota bersenjata kumpulan ajaran sesat Branch Dravidian.
Konfrontasi selama 51 hari itu berakhir apabila pekarangan kubu Dravi­dian yang dikepung terbakar dan menyebabkan 80 orang termasuk kanak-kanak terbunuh. – AFP
AS menjadi tapak subur lahirkan produk pengganas. Penciptaan generasi pengganas? (IH)

Ini gambar lain. Kisah Geng No Surrender (Reuters). Kontak senjata antara kelompok militan Islamic State in Iraq and Syria atau ISIS, telah mengusik geng motor di negeri Belanda ini. Sejumlah anggota geng pengganas ini, dilengkapi senjata Kalashnikov berdatangan ke Irak untuk bergabung dengan pasukan suku Kurdi melawan pasukan ISIS. 

Seperti dilapor AFP, Jumaat (17/10/2014) pemimpin geng motor 'No Surrender' Klaas Otto-- sebuah geng motor yang memiliki cawangan hampir di semua negara Eropah-- kepada stasiun radio NOS mengatakan, anggotanya telah bergabung dengan pasukan Kurdi, alias menjadi 'pengganas' menggempur ISIS.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails