Wednesday, May 06, 2015

Begini, Negara U/Islam Sekular Hancurkan Pelajarnya.


Harga Khusus Tiket Konser Katy Perry untuk Pelajar
Katy Perry umumkan konsertnya di Indonesia pada 9 Mei akan datang (REUTERS)

HALAMAN HIBURAN

BERITA ini membuktikan negara umat Islam sekular memainkan peranan penting bagi menghancurkan generasi mudanya, remaja dan pelajarnya. Pelajar diberi harga khusus untuk menonton 'konsert liar'nya, konsert yang menghambat remaja dari agama, pembangunan moral, spiritual dan fizikal. 

Beritanya berbunyi..

Setelah berjaya mengadakan konsert di Jakarta pada 2012 lalu, Katy Perry kembali mengumumkan konsert di Indonesia. Katy akan mengadakan konsert bertajuk 'The prismatic World Tour' pada 9 Mei 2015 di Indonesia Convention Exhibition (ICE), BSD City, Tangerang. 

Melihat keghairahan masyarakat terhadap konsert tersebut, pihak penganjur pun membuat tiket dengan harga istimewa untuk pelajar. 

"Kita ada tawaran khas lagi bagi pelajar atau mahasiswa. Kita membuka harga istimewa Rp950 ribu kategori kelas Festival 3," ucap wakil penganjur dari Ismaya Live, Sarah deshita, saat jumpa pers di Gedung Wisma Mulia, kawasan Gatot Subroto, Jakarta Selatan, Selasa, 5 Mei 2015. 

Sarah menambah, tiket tersebut sudah boleh dibeli sejak 10 April lalu. Tetapi, tiket masih boleh dibeli hingga menjelang konsert Katy berlangsung. Menurutnya, jualan secara online pun sengaja dilakukan pihak penganjur, agar tidak terjadi antrean panjang dari peminat yang ingin membeli tiket konsert pelantun Roar itu.

Harga tiket dengan harga biasa yang masih tersedia, yakni mulai dari Rp900 ribu untuk kategori Tribune, Festival II dengan harga Rp 1.4 juta, Festival I dengan harga Rp2,3 juta. Sedangkan kategori Gold A dan B pada harga Rp3 juta, untuk kategori Diamond A dan B pada harga Rp5 juta. 

Masyarakat yang telah memiliki tiket, boleh menukarkan dengan gelang tanda masuk rasmi, pada 7 dan 8 Mei 2015 di Piazza Hall Gandaria City, Jakarta Selatan. Bagi yang tidak boleh pada tarikh itu, penganjur juga tetap melayani penukaran tiket di lokasi acara pada Sabtu, 9 April 2015. 

"Tapi disyorkan bagi yang mahu menukar tiket, lakukan sebelum acara. Biar tidak terlalu desak-desakkan di venue dan boleh terus menikmati konsert Katy Perry," ungkapnya. 

Apalagi bila Indonesia adalah negara sekular yang rakyat Islamnya teramai di dunia. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails