TINDAKAN sebuah pusat rekreasi di Thailand membenarkan seorang gadis Hong Kong membuat terjun bogel tanpa berpakaian lihat gambar) mendatangkan padah kepada mereka selepas pusat tersebut telah didenda.
Tindakan gadis tersebut telah mencetuskan kemarahan penduduk Chiang Mai kerana perbuatan itu bertentangan dengan budaya masyarakat setempat. Sebaik video terjunan bogel itu tersebar, pihak berkuasa Chiang Mai terus bergegas ke tempat kejadian.
Menurut Pengurus pusat berkenaan, dia tidak menyangka kejadian tersebut menimbulkan kemarahan penduduk. Bancha berkata pelancong yang tidak dikenali telah melawat tempatnya yang pada 6 Mei, dengan mendakwa dia adalah seorang model dan perlu berbogel untuk merekodkan terjunan bogelnya itu.
Dia yang tidak menjangkakan video itu akan menjadi viral berjanji tidak akan mengulangi perkara sedemikian pada masa akan datang. Bancha kini telah ditahan oleh pihak polis tapi kemudiannya dibebaskan selepas membayar denda sebanyak 1,000 bhat (RM107).
Pihak polis cuba mengesan gadis tersebut meminta beliau untuk tidak menyebarkan gambar kerana Chiang Mai adalah "bandar budaya,".
Bagaimanapun gadis tersebut dikatakan sudah berada di negaranya menyebabkan pihak Thailand terpaksa menghubungi dutanya di Hong Kong untuk menghubungi gadis berkenaan. Itu berlaku di Thailand, negara bukan Islam.
Rupanya, di negara bukan Islam pun bogel begini dilarang, walaupun di kolam mandi, tetapi bagaimana yang ini (Lihat gambar di bawah) , di negara yang mengaku negara Islam?
Di mana ada BN, di situlah maksiat & perkara mungkar ada. ingatkan ia berlaku di kawasan PR rupa2nya kawasan Parlimen Segamat yg dimenangi oleh BN. pelik ...
Peserta wanita pertandingan karaoke menimbulkan kontroversi apabila menari separuh bogel di depan khalayak ramai di sebuah pusat beli-belah.
Lihat banyak lagi bogel di negara yang mengaku Islam..
2 comments:
Mana orang-orang PAS ? Tidak mengambil berat buat demonstrasi ? Guling-guling tepi jalan memundak agenda harbi boleh pula ?
Selalu tuding jari... hakikat nya lemah ! Hudud di simpai Dap / Pkr tidak terkata-kata...
Depa mna nk guling2 ..mata lg terjuling ada la
Post a Comment