PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat menyifatkan pimpinan pakatan pembangkang khususnya DAP bersifat hipokrit kerana gagal menguruskan konflik dalaman hingga mencetuskan perbalahan secara terbuka.
Sehubungan itu beliau memberi amaran kepada Lim Guan Eng bahawa tindakan berterusan Setiausaha Agung DAP itu mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka bakal mengundang tindak balas negatif.
"Terkini Lim Guan Eng menuduh Presiden PAS condong kepada Umno. Tuduhan ini memberi gambaran buruk kepada anak muda Malaysia. Jika konflik ini berteruskan, maka anak muda beranggapan pimpinan Pakatan adalah hipokrit.
"Kenyataan beliau akan mengundang tindak balas daripada semua pihak dalam PAS yang marah dengan tindakan tersebut. Mereka ada hak untuk berasa marah dan menzahirkan kemarahan dengan kenyataan yang seumpama ini. Kemungkin akan ada pihak yang bertindak luar kawalan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Beliau mengulas mengenai tuduhan terbaharu Lim terhadap Hadi bahawa Presiden PAS itu kini bersama Umno walaupun tubuhnya dilihat masih bersama Pakatan Rakyat. Tuduhan itu susulan tindakan Hadi yang gagal menyertai kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Mengulas lanjut Suhaizan yang akan mempertahankan kedudukannya pada pemilihan PAS Jun ini turut mengecam tindakan Lim kerana membuat tuduhan secara tidak bijak.
"Kami adalah pendokong Presiden PAS. Walau Presiden tidak maksum, tapi kami tidak dapat menerima tuduhan-tuduhan liar Setiausaha DAP kepada batang tubuh Presiden kami.
"Jika pun ada kelemahan pada Presiden PAS, adalah tidak bijaksana menuduh Presiden kami condong kepada musuh Pakatan iaitu Umno," katanya.
Sementara itu di Kuala Lumpur, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam nada lembut menjawab tuduhan tersebut..
"Dia tak tahu hati saya. Saya tak tahu hati dia. Mana kita tahu dalam hati orang. Kita tak tahu," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.
"Sekarang masih bersama PR, saya duduk dikerusi yang sama. Mungkin akan datang saya tidak tahu, saya pun tidak tahu saya akan hidup atau tidak.
"Kalau ikut sejarah semuanya pernah, pernah bersendirian, pernah dalam kerajaan, keluar kerajaan biasanya peristiwa lama tidak akan berulang, konsep kita bersama masyarakat majmuk di Malaysia, tidak boleh bersendirian," katanya.
Abdul Hadi dan Guan Eng ketika menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, Februari lalu.
Abdul Hadi dan Guan Eng ketika menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, Februari lalu.
Bagaimanapun, Hadi berkata, beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada Muktamar PAS yang akan diadakan pada 4 hingga 6 Jun ini. Diminta mengulas cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut tersebut, kata Hadi: "Tunggu dan lihat... tunggu bila tiba masanya." (IH)
2 comments:
fuyooooo...another publicity stunt...nak bgtau pemilih2....hey...only we....igt tu...only we can make dap terkencing....hahahahahahhaha...cheap publicity...but still a publicity...kuang...kuang...kuang....lebih kurang cam najib gak la....i luv pm...bagi bendera kt org ramai...kibarkan....see...see....ntah2 pakai promoter sama kot
Cuba renung sedikit. Dap gagal ? Dap tidak gagal, malah mereka berstrategi. Secara konsisten mereka menghenyak secara bersepadu.
Air bergelodak(Pas), cuba saja anda kacau. Timbul lah segala kekotoran kelak ! Pas masih mengaku bersih bila kotoran mendap ? Kategori air apa dalam fekah Islam ?
Umpama nya melatah bila di cuit. Apa-apa kemungkinan biasa terjadi. Malah berkemungkinan gelagat ekstrim !
Hj Hadi, kini di persimpangan. Keputusan pemilihan / muktamar dan jawapan balas kenyataan panas provokasi Dap, bakal keluar dari mulut beliau, seperti kata nya, belum waktu nya...
Siapa keluar, siapa mengganti, juga debaran untuk Pkr dan Dap. Waktu ini hanya kegoan politik individu dan kesombongan total mendominasi PR secara nyata atau belakang tabir.
Bijak lah menilai dan memilih. Setakat aku lihat, nafsu itu melangkaui keseimbangan berfikiran....
Post a Comment