PAS berhak menyuarakan kemarahannya terhadap rakan sekutunya DAP yang menolak hudud kerana ia diizinkan Allah, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.
Demikian lapor Malaysiakini.
Katanya, sifat marah memang semula jadi ada pada manusia biasa dan ia menjadi tanggungjawab PAS kerana parti demokratik itu menentang pelaksanaan hukum Allah.
"Kita marah pada perkara yang Allah izinkan. Perkara yang Allah tak izinkan, kita tak marah.
"Apabila kita nak kemukakan usul jenayah syariah di Kelantan, yang berkaitan orang Islam, orang bukan Islam tak berkait," katanya pada program Bicara Harakah di Kuala Lumpur hari ini.
Hadi mengulangi penjelasannya, mengatakan DAP pada pertemuan mereka sebelum ini menyatakan bersetuju Kelantan melaksanakan hudud walaupun DAP tidak bersetuju dengan hukum itu.
"Namun demikian dia (DAP) terus buat kenyataan menentang Kelantan. Bila ada perkara macam ini, tanggungjawab kitalah untuk marah.
"Kalau tak ada marah dalam Islam, tak ada kemanisan iman," katanya menjawab soalan hadirin yang bertanya kenapa PAS dilihat terus marah dengan DAP. – 19 Mei, 2015.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP, pada pertemuan sebelum ini menyatakan "bersetuju Kelantan melaksanakan hudud walaupun DAP tidak bersetuju dengan hukum itu'. Lepas itu DAP 'terus buat kenyataan menentang Kelantan'. Maka 'tanggungjawab kitalah untuk marah'... Dan tak ada marah, tak ada kemanisan iman.
DAP kena faham, itu pandangan seorang Islam. Jangan main-main dengan hudud. Tetapi hal itu tidak boleh dijadikan alasan untuk parti-parti gabungan pembangkang berpecah.
Lihat sebelum ini..
Lihat sebelum ini..
2 comments:
Taka pa lah yang tu tapi apahal sebelumnya lain yang cakap lain pula yang dibuat hinggakan pengikut sendiri maki ketua sendiri pun buat kata tak tau walhal kita adalah seorang presiden apa ke jadahnya seorang ketua atau bap tak tau anak bergaduh dan tak mau tegoq yang orghang bawah kita jadi tak ketahuan nampak sangat kita pun bahlul.
jangan main cakap fitnah, buktikan apa bendenya. dari sumber mana kamu ambil.
dengar cakap musuh saja.
Post a Comment