Sunday, May 17, 2015

Debat Terbuka PM Najib Dengan Dr M? (56)

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa 'Bicara Negara bersama Tun Mahathir' di Hotel Tower, Regency Ipoh, Perak hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Mei, 2015.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan kesediaan beliau berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Ada sedikit kebolehan. Kalau hendak debat, OK la," katanya menjawab soalan Tamrin Ghafar ketika sesi soal jawab dalam program Bicara Negara di Ipoh, Perak hari ini.

Ketika diminta mengulas hasrat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Najib kekal sebagai perdana menteri, Dr Mahathir berkata ia akan lebih memudahkan Pakatan Rakyat (PR) menumbangkan Umno. Itulah harapan mereka. Kalau Najib terus sebagai pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN), mereka mudah mengalahkan.

“Sebab itu mereka minta nak dia. Kalau dia ada situ, BN tetap akan kalah. Mereka nak kekalkan kepimpinan Najib. Bukan saja gambarnya tidak ditunjuk di Permatang Pauh, tetapi di Rompin pun tidak tunjuk,” katanya merujuk poster kempen pilihan raya kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata jika Umno tewas ketika pemerintahan Najib, PR bukanlah pengganti yang terbaik kerana gabungan itu tidak menunjukkan kepimpinan yang memberangsangkan di peringkat negeri.

“Kalau kita kalah, Najib kalah, apa yang akan berlaku? Saya fikir huru-hara sebab parti lawan, dia kata Pakatan, tetapi dia tidak pakat langsung. Sama-sama dengan dia pun kelahi.

“PAS nak kena hudud, DAP dan PKR bantah. Mereka tidak menunjukkan kerjasama. Mereka akan terus dengan politik parti dan tidak ada bukti mereka ada kebolehan membangun negeri yang diperintah mereka. Itu yang akan jadi kalau kita kalah.

“Sebaliknya, kalau kita dapat gugurkan Najib sekarang, kita ada masa pulih Umno,” katanya. – 16 Mei, 2015. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails