Wednesday, May 06, 2015

Di Pantai Ini, Pengunjung Bebas Londeh Tanpa Pakaian.

Di Pantai Ini Semua Pengunjungnya Bebas Tanpa Busana Nude Beach (Facebook Mpenjati Beach)

SETELAH dirasmikan dan dibuka untuk umum, pantai nudist atau biasa disebut pantai bogel di Afrika Selatan ini ramai dikunjungi pelancong. Bahkan, dibuka pula pekan indah yang membenarkan ratusan nudist atau orang bertelanjang dari pelbagai negara. 

Berada di kawasan terpencil pantai Mpenjati di KwaZulu-Natal ini diberi izin oleh majlis tempatan untuk secara rasmi diiktiraf sebagai negara pertama dengan predikat pantai bogel. Sebelum ini telah dibuka pada bulan November tahun lalu namun sempat tertunda kerana adanya pro kontra. 

 Gambar hiasan.. 
Seperti dilapor Daily Mail banyak yang keberatan dengan dibukanya pantai itu, termasuk penduduk setempat yang bimbang melihat hal itu. Mereka juga takut dibukanya pantai itu akan mencemarkan nama baik daerah mereka. Namun ada juga kumpulan masyarakat yang mendorong untuk itu. Mereka berharap adanya pengakuan dari orang-orang di seluruh dunia dan datang berkunjung ke pantai bogel. 

Ketua Afrika Selatan naturists Association (Sanna), Serge Pavlovic, bercakap tentang kegembiraan beliau pada pembukaan pantai itu selepas berbulan-bulan bekerja keras. 

"Secara undang-undang kami di sini, ada banyak emosi yang diluahkan dan orang tidak memahami bahawa naturists juga ingin menyatu dengan alam. Meski banyak orang telanjang, tapi tidak ada seks di pantai ini," katanya kepada Times Live. 

Pembukaan pantai telah dilakukan 5 April lalu di akhir pekan bertepatan dengan Paskah. Namun hal itu tidak berjalan terlalu lancar ketika masyarakat campurtangan menghubungi polis tempatan dan meminta pengunjung nudis di pantai ditangkap. Namun polis tidak boleh menangkap semudah itu dan akhirnya para nudis berjaya untuk menikmati beberapa waktu berjemur dan bermain ombak. 

Sekarang dengan adanya pengakuan tersebut, Sanna berharap bahawa nudis akan dapat menikmati pantai tanpa adanya kerumitan. 

"Ini merupakan perjalanan panjang menuju kebebasan, kami sangat senang dan bahagia. Kami adalah satu-satunya pantai naturist di dunia dengan mempunyai kod etika, jadi kami sangat bangga." 

Ini adalah pantai yang hebat meurut Pavlovic dan ia berharap dapat mempromosikan dan membawa banyak orang dari seluruh dunia untuk menikmati keindahan pantai ini. Meski dibenarkan bertelanjang, tapi ada banyak peraturan dan kod etika yang perlu dipatuhi semasa berada di pantai ini. 

Apabila negara berprinsip 'asal dapat duit (bangunkan ekonomi) tanpa memikirkan halal-haram lagi', maka beginilah jadinya. Tunggulah, Malaysia pun sudah berprinsip begitu.. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

tak lama lg mai la Tsunami kat pantai tu...tunggu la insyallah..tak lama tu...

tambah pendapatan sampingan sambil layari Internet Copy paste LINK
http://WeeklyFixPay.com/?share=1497

Hj Mohamad 013 3377 242 said...

dia orang ni pakai teori nature. so bogel tu satu yang natural macam makhluk2 di hutan. Sebab dia orang tu fikir haiwan ke manusia ke iaitu sebahagian daripada nature Allah. Meraka lupa Allah anugerahi manusia dengan hidayah akal budi sedangkan untuk makhluk lain cuma ada hidayah naluri dan pancaindera sahaja. kan jauh bezanya itu. belum lagi dikira hidayah agama dan hidayah petunjuk. Manusia manusia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails