Wednesday, May 27, 2015

Hindarkan Mengecam Dan Sangka Buruk Sesama Pemimpin Pakatan Rakyat.- IH

Lim Guan Eng bersama-sama (duduk/tengah) rakan-rakan antaranya dari PAS.
KL: Pemimpin-pemimpin DAP dinasihatkan hindarkan mengecam dan sangka buruk terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR), kerana hal ini tidak mendatangkan keuntungan apa-apa kepada pakatan pembangkang.
Hal ini berikutan kenyataan tuduhan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah tawar hati untuk bersama Pakatan Rakyat.
Lim dilaporkan berkata, pendapat itu diluahkannya berdasarkan kecenderungan Hadi terhadap Umno berbanding memberikan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini.
"Beliau bukan saja tidak hadir ke PRK Permatang Pauh lalu, malah turut tidak menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah.

4 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dgn Tuan Ibnu Hashim...apa niat sebenar DAP? Hampir setiap hari PAS dibantai dengan tuduhan2 yang tajam oleh kedua beranak LKS dan LGE...balik2 dgn tuduhan yang sama...PAS nak UG dgn UMNO..dan masalahnya lagi, apakah jadahnya orang2 besar dlm PAS bukan setakat mengiakan tuduhan tu, malah mengusung ke mana-mana... Kalau lah Permatang Pauh dijadikan alasan utk mengatakan PAS tidak mau bersama PR, kenapa Rompin tidak boleh dijadikan alasan utk mengatakan DAP dan PKR tidak lagi mau PAS ada dlm PR? Apakah bila TGHH menyatakan pandangan dan pegangannya tak boleh, sedangkan DAP boleh berkata apa saja?

Come on la PR... Apakah kamu berpolitik semata-mata utk politik atau utk memberikan alternative memerintah negara selain BN? Atau politik itu hanya "career" kamu saja? Kalau kamu asyik berkekah mcm ni...kamu lebih dulu akan menjahanamkan masa depan Malaysia berbanding dgn yg ada skrg,,,

Anonymous said...

sokong ibnu hasyim.

Anonymous said...

Mula dngn gadis bwh umur pas tu taklok pp tunjuk baik lg nak ikut umar ibn khatab memerintah los tu bla bla tuk melayu tuk islam pp fuhh cantik sekali lakunan dia nak ambik hati melayu maka dpt lah segala puji2an melangit yg ntah apa2. Penulis dulu juga hampir terpukau dngn lakunan ini ttpi penulis masih ingat lky mula merampas singapura dulu dari tukang sapu hinggalah pemandu ambik orang melayu, bukan main puji lg lky xpinggirkan melayu konon tetapi sedarkah kita itulah taraf melayu pada mereka, bukan kita csetuju yg baik yg dia lakukan tetapi kalau dan cina tu tetap cina dedam pada melayu tidak akan habis selagi malaysia ini tidak dapat dirampas, tngk dah sekarang dah mula tunjuk belang. Sekarang terpulanglah kpd anda untuk menilai seburuk melayu tetap saudara kita sebangsa dan seagama kpk pencacai yg ada dimaya ini saya merayu usahlah mensmbah keruhkan lagi antara kita sebangsa dan seagama Wallahualsm

Anonymous said...

Alangkah bijak nya jika DAP berkata KAMI TAK CAMPUR HAK RAKAN PR YG LAIN. HUDUD ADALAH PERJUANGAN PAS. OLEH ITU KAMI TAK MAHU TERLIBAT. KALAU NAK RESPON TANYA MCA DAN GERAKAN. LAGIPUN HUDUD HANYA UTK MUSLIM KELANTAN SAHAJA. kalau itu yg dipegang DAP, semua masalah selesai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails