▼
Monday, May 04, 2015
Inikah PASMA Dalam PKR, Tuntut Betulkan Krisis Dalaman?
PERMATANG PAUH: Inikah PASMA dalam PKR, tuntut betulkan krisis dalaman? Hal ini ditimbulkan, bila ada sekumpulan ahli PKR yang mewujudkan Suara Akar Umbi Keadilan (Sauk) meminta pemimpinnya memperbetulkan krisis dalaman sebelum berkempen dalam PRK Permatang Pauh.
Mereka juga terkilan dengan pemilihan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon kerana berpendapat lebih wajar mengetengahkan anak tempatan untuk menjadi wakil penduduk Permatang Pauh. Presidennya, Mazli Saring mempersoalkan kenapa PKR tidak memilh calon dari kalangan ahli atau pimpinan cabang Permatang Pauh sendiri.
“Buat masa ini, Dr Wan Azizah sepatutnya menfokuskan kepada isu yang melibatkan kawasannya sendiri iaitu Kajang. Tetapi sebaliknya berlaku, Kajang tak terjaga sibuk pula dengan Permatang Pauh,” katanya pada sidang media di Pusat Komersial Permatang Pauh, hari ini.
Melihatkan kepada banjir yang melanda Kajang baru-baru ini, beliau tertanya-tanya kenapa Dr Wan Azizah begitu beria-ria mahu menjadi ahli Parlimen pula sedangkan tugas di Kajang terabai.
“Sepatutnya beliau lebih fokuskan kepada isu dan pembangunan di Kajang dahulu,” katanya.
Mengenai masalah dalaman PKR, beliau berkata pimpinannya sendiri tidak mendengar suara akar umbi dalam pelbagai isu yang timbul termasuk hudud.
“Hudud bukan soal hukum mana-mana parti, kita orang Islam wajib mengakui serta menerimanya. Tetapi kami kesal ada pimpinan PKR yang tidak menyokong undang-undang itu.
“Mereka tidak mahu mendengar suara kami di peringkat akar umbi. Bukan kami tidak pernah bersuara tetapi bila nak bersuara, kami disekat,” katanya.
Sehubungan itu, pengundi Permatang Pauh perlu melihat pekara itu secara mendalam dan lebih terbuka.
“Kita tidak kata jangan sokong, tapi imbas kembali sejarah pada 2008 apabila Dr Wan Azizah kata nak bersara dari politik kerana nak jaga cucu tapi kini lain pula jadinya.
“Kita cuma mahu penduduk Permatang Pauh fikir semula dan buat pilihan yang tepat. Pilih calon yang boleh membawa suara rakyat,” katanya.
Dalam PKR pun sudah ada PASMA?
(IH/Sinar/Stv)
No comments:
Post a Comment