Atlet wushu Turki, Zeynep Akyuz
SUKANTURKI sanggup membuat keputusan untuk menarik diri dari pertandingan wushu di Eropah tahun ini kerana larangan memakai hijab, minggu lalu. Turki tidak mahu aurat wanitanya dipaksa terdedah. Malaysia juga negara umat Islam, beranikah berbuat begitu?
Menurut The Anadolu Agency, keputusan tersebut merupakan protes terhadap Lembaga Wushu Eropah yang melarang atlet perempuan memakai hijab di dalam pertandingan.
"Pada tahun 2014, kami tidak membawa sebarang atlet wanita ke pertandingan tersebut, dan tahun ini kami memutuskan untuk tidak menyertai acara tersebut," kata wakil Turkey International Wushu Federation, Abdurrahman Akyuz.
"Turki tidak lagi mengiktiraf Lembaga Wushu Eropah dan perkara ini sudah dibawa ke Lembaga Wushu Antarabangsa," tambahnya.
Selain Turki, Itali dan Perancis juga membuat keputusan untuk menarik diri kerana menganggap larangan tersebut sebagai tidak adil. Pada tahun 2013, atlet Turki Zeynep Akyuz tidak diberi sebarang mata selepas didakwa mengenakan persalinan (memakai hijab) yang dianggap tidak sesuai. (IH)
2 comments:
tahniah TURKI...tetap pertahankan aurat untuk kaum wanita rakyatnya ...dalam acara kesukanan..
tambah pendapatan sampingan sambil layari Internet Copy paste LINK
http://WeeklyFixPay.com/?share=1497
Anda dikata Sekular namun Allah beri kekuatan kepada anda mempertahankan maruah islam...syabas moga Allah memberkati kehidupan anda & negara anda.
Post a Comment