Monday, May 11, 2015

Ketepikan Najib: DS Nazri Aziz Bertemu Muhyiddin Di Milan, Itali? (46)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan? 

Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan beliau bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin di Milan, Itali bagi merangka pelan mengetepikan Datuk Seri Najib Razak. Kata Nazri perdana menteri mengetahui di mana beliau berada kerana kunjungannya ke Dubai dan Milan diluluskan kabinet.

"Saya cuma bertemu Muhyiddin di sebuah majlis kerana satu kumpulan penari Istana Budaya membuat persembahan," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim (gambar) mendakwa Nazri mengadakan pertemuan dengan timbalan perdana menteri serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Pertemuan itu dakwa Zaid dibuat mereka untuk berpakat menyingkirkan Najib daripada jawatan perdana menteri dan presiden Umno.


Zaid berkata, langkah mengetepikan Najib mesti dibuat melalui cara yang sah, iaitu menggunalan saluran undi tidak percaya di parlimen.

"Pertemuan sulit di Milan bukan cara demokratik," katanya.

Namun Zaid mendakwa dia mendapat maklumat berkenaan daripada sumber yang tidak dapat disahkan.

Kata Nazri, langsung tidak ada kebenaran cerita berkenaan.

"Lawatan saya ke Milan dan Dubai diluluskan kabinet yg dipengerusi oleh perdana menteri. Maksudnya, ia ada dalam pengetahuan beliau," katanya.

Daim (kiri) adalah salah seorang tokoh yang dilihat menjadi sekutu dekat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi pengkritik paling lantang terhadap Najib.

Muhyiddin pula semakin kerap bersuara berhubung pelbagai isu panas dihadapi Najib terutama agensi 1Malaysia Development Berhad.
(MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails