PUNJAB – Polis India menangkap seekor burung merpati yang dipercayai menjadi pengintip kepada kerajaan Pakistan selepas haiwan itu didapati membawa satu mesej dan alat yang kelihatan seperti wayar.
Seorang budak lelaki berumur 14 tahun yang curiga melihat burung itu telah menangkap dan menyerahkan haiwan tersebut ke sebuah balai polis di daerah Manwal iaitu kira-kira 4 kilometer dari sempadan negara ini pada Rabu lalu.
"Tiada apa yang mencurigakan ditemui, namun kami perlu menahan burung itu di sini.
"Kejadian seekor burung pengintip dari Pakistan jarang-jrang sekali ditemui meskipun kami pernah menangkap beberapa pengintip berdekatan bandar Jammu yang kerap diceroboh," ujar Penguat Kuasa Kanan Polis daerah Pathankot, Rakesh Kaushal kepada The Times of India.
Hasil siasatan terhadap burung berkenaan, ditemui satu mesej yang ditulis dalam bahasa Urdu yang merupakan bahasa kebangsaan Pakistan serta nombor telefon tersebut juga dari Pakistan.
Pihak polis juga telah melakukan satu ujian X-ray terhadap ejen merentas sempadan tersebut, namun tiada mesej lain yang ditemui.
– AGENSI
No comments:
Post a Comment