Dr Asri, Mufti Perlis.
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
Dr Asri, Mufti Perlis pula serang Najib. Dia mahu Najib jawab segera isu Tabung Haji dan 1MDB..
Pendedahan pembelian tanah milik 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) menambahkan lagi kebimbangan rakyat terhadap masa depan negara. Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, pengakuan TH membeli tanah dengan harga RM188.5 juta itu menambahkan lagi persoalan-persoalan yang gagal dijawab oleh kerajaan dengan jelas.
Katanya, persoalan tentang 1MDB, pengaruh Jho Low dan kemewahan hidup ‘wanita tertentu’ sehingga kini tidak dijelaskan dengan baik oleh pimpinan negara.
“Isu 1MDB yang dibangkit oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang membabitkan kehilangan puluhan billion yang masih misteri . Jho Low pula kelihatan tersenyum mewah di sana-sini. Mengapa dia begitu ‘kebal dan utuh’?
“Media antarabangsa pula tidak henti-henti melaporkan kemewahan luar biasa wanita tertentu. Benarkah begitu?” katanya.
Asri berkata, beliau juga berkongsi kebimbangan tentang nasib dan masa depan negara seperti orang lain juga termasuk isu pembelian tanah oleh TH yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai ‘bail out’ 1MDB secara kecil-kecilan.
“Saya pun telah tanya rakan-rakan yang berada di pihak kerajaan. Tiada jawapan yang jelas dan memuaskan,” katanya.
Asri berkata, beliau membangkitkan isu ini bukan kerana menyokong pembangkang tetapi kontroversi ini melibatkan masa depan rakyat dan negara.
“Saya harap pemimpin utama negara ini dapat memberikan satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat ini.
“Kasihanilah kami,” katanya lapor Free Malaysia Today
Hal ini mempercepatkan PM ini supaya letak jawatan segera? (IH)
2 comments:
Kalau dah ramai sangat yang tidak suka eloklah bawa diri dan bagi laluan secara terhormat tak payah nak gaduh-gaduh baru nak letak jawatan.
Harap rakyat ramaii2 buat Lapuran polis. Mereka2 ni semuanya lanun2
Post a Comment