Thursday, May 14, 2015

Mustahil Jatuhkan A/Hadi Dari Presiden. Pencalonan PAS Ini Membuktikan..


KL: MUSTAHIL jatuhkan Abdul Hadi Awang dari jawatan Presiden PAS. 

Blog Omak Kau sebentar tadi menyebutkan, "Kena terima hakikat betapa diatas kertas, jumlah pen­calonan yang tinggi diterima TGHA bagi jawatan Presiden PAS  memberi isyarat majoriti akar umbi masih mahukan golongan ulama untuk terus menerajui parti. "

Menurut Blog itu lagi, 

"Pencalonan itu menunjukkan hampir mustahil untuk jatuhkan TGHA sebagai penyandang Presiden. Akar umbi tetap mahukan ulama serta pendekatan asas dalam PAS diterjaui TGHA dikekalkan. 

"Pencalonan bagi pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat menyaksikan TGHA menerima 99 pencalonan bagi jawatan Presiden manakala pencabarnya, Datuk Husam Musa serta Ahmad Awang masing-masing menerima lapan serta lima pencalonan. 

Menariknya, pada "Pandangan peribadi Omak Kau tanpa ada perasaan prejudis, bahawa kita kena pertimbangkan hasrat akar umbi secara semasak-masak dan mendalam sebelum membuat keputusan sepenting ini dengan mengambil kira suara akar umbi dari jumlan pencalonan diterima. Kalau kita nak bertanding sekadar nak kacau daun dan uji pasaran sahaja tak ada gunanya."

Pada pandangan weblog Ibnu Hasyim pula, 

"Tidak salah memperkenalkan suatu cara dan pendekatan baru dalam perjuangan PAS atau pergerakan Islam. Contohnya, perbedaan antara perjuangan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Erdogen Di Turki, Taliban di Afghanistan, ISIS dan lain-lain. 

"Tetapi di Malaysia tindakan militan dianggap tidak sesuai langsung. Yang sesuai seperti perjuangan PAS melalui 'peti undi' atau demokrasi. Dalam PAS pula ada pendekatan cara PAS selepas baru merdeka, dan kini ada pula pendekatan 'bertahalluf siasi' berkawan dengan kawan-kawan pembangkang politik Malaysia. 

"PAS juga pernah memilih pendekatan melalui 'kongsi kuasa' memerintah dengan Parti Perikatan, sehingga timbul BN seperti sekarang."

Jadi tidak hairan, "Ahli veteran PAS yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Ustaz Ahmad Awang akan membuat keputusan esok sama ada beliau akan bertanding untuk jawatan tertinggi pada pemilihan kepimpinan parti itu bulan depan menentang Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang. "

Blog Ibnu Hasyim setuju pertandingan. Jom gempur sesama ahli yang tetap bersaudara, semuga perjuangan PAS terus terserlah!  (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

16 comments:

Anonymous said...

Kemungkinan besar Ustaz Ahmad Awang akan tewas jika bertanding. Ini bukanlah kerana beliau tidak popular atau tidak mendapat sokongan. Ini adalah kerana perwakilan yang akan hadir Muktamar nanti adalah dipilih dari kalangan penyokong kumpulan ulamak. Sekarang ini sedang berlaku "cleansing" process di mana penyokong kumpulan professional sedang disingkirkan "systematically" dari pimpinan parti. Jika yang bakal hadir adalah penyokong tegar Hadi, bagaimana orang lain boleh menang?

Tapi percayalah, walaupun golongan ulamak akan menguasai pimpinan PAS, parti itu akan kecundang teruk dalam PRU14.

Anonymous said...

JIka pertukaran akan selesaikan masalah bagus kite tukar anuar ibrahim je.

Anonymous said...

Kami bukan ustaz boleh terus jadi ahli PAS ke

Unknown said...

Tok nujum yg sarat dengan prejudis..!

Unknown said...

Tok nujum yg sarat dengan prejudis..!

Anonymous said...

Yang penting lawan tetap Lawan...sebab kadangkadang pencalonan tidak melambangkan kehendak Akar Umbi sebenar.Mungkin Ada yg takut semasa pengundian Di cawangan.Yang penting masa Di Muktamar nanti.Bukan semua ahli Pas bodoh macam ahli Umno yg taksub pd Pemimpin.Yang penting usah a pencerahan pada perwakilan nanti betapa rosakkan Pas pada pimpinan sekarang.

Anonymous said...

Ahmad Awang akan kalah dan dilupakan...

IrWrWs said...

Perwakilan x sebodoh yg kau fikirkan.. kenape nak kena ikut cakap kau pulak.. takkan nak kena ikut jejak langkah kau yg berpresidenkan wanita.. banganngg..

Anonymous said...

Cantiknya BAHASA kamu Wan Rosli ! Emak kamu bukan WANITA ker ?
Pengundi2 Permatang Pauh yang majoriti hampir 9000 orang yang mengundi beliau pada PRK Permatang Pauh baru2 ini...SEMUA BODOH ker ?
Sebodoh- bodoh Wan Azizah...aku rasa beliau LEBIH CERDIK kot dari BINI kamu !

Anonymous said...

Aku SETUJU 100% dgn Anon 12:05 !
PAS AKAN LINGKUP pada PRU 14 !

Anonymous said...

Ahmad Awang tgh tuggu ijithad Tuan Guru Lim Kit Siang samada nak lawan atau taknak...nanti klu menang bolehla tambah rukun iman ke 7...percaya kpd dap!

Anonymous said...

Sepatah haram pun Tuan Guru Lim Kit Siang xde ckp bahwa Dap tidak kisah jika Pas hendak melaksanakan hudud selepas menawan Putrajaya. Maksudnya apa? Lagi mau ckp suruh ahli Pas jgn risau...tggu kita menang Putrajya...kononnya tau la apa kita nk buat!

Shah said...

Meluat aku tgk prangai pemimpin dan ahli2 pas yg taksub skrg nie...x blh berlainan pndangan langsung...geng ulama dan ostad2 maki dan label org tue ini..yg geng 1 lg maki org tue org nie...yg kononnya sygkn ulama x tnjuk lgsung akhlak yg baik dan berhikmah dgn ayat2 yg dikeluarkn...!!ada pemimpin x reti nk menenangkn ahli...bt xtau je bila nmpk jemaah berpecah belah...bpk cuma tgk anak2 bergaduh...abg2 bertepuk bersorak tgk adik2 bgaduh...adik2 adu domba dan jadi batu api bg terus bgaduh...woiiiii jemaah islam ape korg nie????rakyat bwh ingat korg nie lah sbgai pembela mereka yg ditindas...!!!aku duduk dlm disekeliling masyarakat atas pagar di sabah...mcm2 komen diaorg pd pas dan pemimpin trutama presiden yg x mendamaikn ahli jemaah...disaat umno bn berpecah belah korg jd org bodoh yg sama2 berpecah belah....!!!golongan agama dlm parti byk...tp cuma menunjuk hebat kononnya aku saja lh org hebat dan beragama...aku alim xde buat slh dan silap lgsung..sudah2 la jd manusia yg ego dan bongkak...jgn berpatah blk dgn cara pas yg lama dan kekampungan sgt...melebal org itu org ini...perbezaan pendapat tangani lh dgn bijak...jgn ahli2 yg jatuhkn org itu org nie...bertanding scara sihat..raikan perbezaan pendapat...ulama ambil peranan jd pendamai yg baik..ust2 jgn tunjuk ego dan sombong kononnya mempertahankn ulama...golongan profesional jaga kata2 spaya berakhlak...org2 bawahan kembali tautkn kasih syg sesama jemaah..jgn keje nk memanaskn je...sesama jemaah nk berpecah..sesama pakatan pn nk bgaduh...!!lama saja dlm politik...tp bangang nk mampos!!bodoh sombong...

Anonymous said...

x perlu la nk label org taaksub ke maksum ke..kita suma ada len2 pendpt..nape perlu labelkn kami ni taksub semata mata kami perthankn wadah perjuangn pas..apa yg ko tau ttg pas..nape xnak labelkn diri sendri taksub ngan parti masing2.akar umbi dap ngan pkr pun taksub ngan pemimpin diorg yg konsisten bantah hudud.suma akar umbi pas ni bodo ke?akar umbi parti len2 suma bijak,warak,maksum ke..aok kata ustaz2 ni x bole nk beza pandangn,abih tu pandngn aok je bole trima..pndgn uztaz2 ni ke laut?Pas x perlu risau lingkup ke x pd pru14 sbb menang ke kalah bukn anon kt ats yg kurnia..kuasa Allah hendak Nya

IrWrWs said...

Baru kena perkataan bangang dah rasa kecik hati.. ko x tau ke presiden aku mcm2 bahasa lebih team korang gunakan tp aku x melenting pun.. aku ni berhikmah. aku kalau ko pandai aku ckp bijak.. kalau ko bodoh aku ckp bangang lah.. betul??

IrWrWs said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails