Monday, May 25, 2015
PAS: Muktamar Ini Akan Tentukan Putus Hubungan PAS-DAP? -Bernama.
Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Selangor bulan depan dilihat bakal menentukan hubungan dan kerjasama PAS dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata kenyataan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang bersedia memutuskan hubungan dengan DAP dibuat berdasarkan penelitian dan kajian tertentu.
"Dia (Hadi) memikirkan atau membuat kajian yang panjang sebelum memutuskan perkara itu.
"Apa pun kita tunggu muktamar (PAS bulan depan)," kata menteri besar Kelantan itu kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sosio Budaya Antara Kaum Siam dan India di Kompleks Islam Darul Naim di Kota Baru, hari ini.
Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi semalam selepas lebih 2 bulan mendiamkan diri dengan kelantangan kepimpinan DAP yang mahu memutuskan hubungan dengannya.
Muktamar Tahunan PAS akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di Kuala Selangor, Selangor.
Sementara itu, mengenai seminar berkenaan, Ahmad berkata dalam konteks negeri Kelantan sikap menghormati antara kaum tetap menjadi asas pentadbiran dan pembangunan dengan berlandaskan perlembagaan Negara.
"Apa pun di Kelantan kita hormati dan sayang kepada semua rakyat sama ada Cina atau India... Kita pupuk mereka sebagai kelompok yang mengamankan negeri yang boleh duduk dan bekerja bersama berpandukan perlembagaan," katanya.
Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), yang dihadiri kira-kira 500 peserta itu, bertujuan meningkatkan kefahaman terhadap kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat majmuk di Kelantan.
Antara pembentang kertas kerja ialah Pengerusi Persatuan Siam Kelantan, Eh Chot Cha Chan. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
mamat MB Klenatan pun dan sama je dengan kumpulan UG.hentam kau lah mamat.fikiranya terbantut tak berkemban,bukan berkembang.ingatkan dia ni bolih juga ganti arwah TGNA rupanya ada topeng sebelum ni.
Otak mereka dah berserabut kerana fikirkan $ sahaja.
Munafik...waktu TGNA hidup kenapa xder suara x2 nak keluar dari pakatan atau bergaduh dgn DAP?semuanya bertopengx2 depan TGNA...klu berani kerana benar..takut kerana salah!
Penang di bwh dap x mahu bantu.. sbb tu dap menolak kabinet bayangan pkr krn bimbang dswa akan desak selamatkn atau bantu rohingya muslim.. dap lupa apa yg mesia buat bantu pelarian vietnam buddha thn 70an dulu ... itu pun pasma serta macai2 pkr masih kata tghh perlu tunduk dgn dap.. kelakar sangat..
Post a Comment