Perkauman: Polis AS Dilarang Berhijab.
Ismahan Isse. © 2015
POLIS Negara Bahagian Ohio, Amerika Syarikat, melarang salah satu
pegawainya yang sedang menjalani pendidikan memakai hijab. Ismahan Isse adalah wanita muslim yang lulus ujian sebagai polis wanita.
Namun, muncul aturan agar hijabnya dilepaskan selama dia di sekolah akademik polis tempatan. Wanita 29 tahun itu menolak, sehingga kerjayanya di bidang kepolisian yang
baru seumur jagung itu boleh tamat, seperti yang dilaporkan oleh Al Arabiya,
Jumaat (8/5).
Isse kesal dengan keputusan pasukan bahagian perjawatan Polis di Ohio. Padahal selama ujian wawancara dia terus memakai hijab dan tidak dipersoalkan. Tetapi, mendengar persoalan Isse, Polis Negara Bahagian Edmonton, Kanada menawarkan jalan penyelesaian kepadanya.
Kalau memang AS melarang wanita berhijab jadi polis, maka dia diminta berpindah kewarganegaraan Kanada, kerana Kanada sudah menyediakan model pakaian seragam bagi polis wanita berhijab.
"Dia benar-benar ingin jadi polis. Apa salahnya? Dia sebaiknya ke
Kanada bila sungguh-sungguh ingin mengabdikan diri untuk masyarakat,"
kata Sarjan Mark Farnell yang memimpin lembaga pengambilan Polis
Edmonton.
Farnell sudah menelefon Isse untuk menyampaikan tawaran tersebut. Wanita ini mengaku dihormati. "Saya akan memikirkannya masak-masak," ungkap Isse.
Isse adalah anak pendatang berasal dari Somalia. Wanita 29 tahun ini memperoleh ijazah sarjana undang-undang dari Universiti Columbus. Sejak muda, Isse sudah menonjol sebagai tokoh Gerakan Muda Pendatang Somalia di AS.
Ketika berusia 24 tahun, dia sempat diminta FBI menjadi penterjemah untuk mengesan jenayah di kalangan warga Somalia.
Komen weblog Ibnu Hasyim: AS, rupanya masih tebal dengan faham api perkaumannya, jumud, dan tidak mengamalkan demokrasi kebebasan beragama.(IH)
No comments:
Post a Comment