BN berjaya mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya kecil Rompin dengan majoriti yang kurang.
Calon BN Datuk Hasan Arifin mendapat 23,796 undi mengalahkan calon PAS Nazri Ahmad yang mendapat 14,901. Majoriti dimenangi kali ini hanya sebanyak 8,895 undi berbanding 15,114 dalam pilihan raya umum lepas.
Bagaimanapun peratusan keluar mengundi dipercayai menyumbang kepada keputusan hari ini. Dalam PRU ke-13, 85.89 peratus daripada keseluruhan 53,596
pengundi berdaftar keluar mengundi, manakala hari ini ialah kira-kira 72
peratus.
Pengumuman rasmi dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Rompin, Datuk Fadzilla Salleh kira-kira pukul 10.25 malam Selasa. Beliau juga mengumumkan terdapat sebanyak 591 undi rosak. (IH)
No comments:
Post a Comment