Tuesday, May 12, 2015

Ratu Cantik Pondan, Persatuan Dayak Marah!


Malaysia dayak afp
Persatuan Dayak Miri anggap 'Drag Queen Competition' hina budaya kaum Iban, bangsa, agama, legenda, tradisi, imej dan sensitiviti. 

MIRI, SARAWAK: Pertandingan ratu cantik yang menampilkan golongan pondan memakai pakaian tradisional kaum Iban atau tema harus diharamkan serta-merta kerana ia mencemarkan kebudayaan, sejarah dan kesucian tradisi lama masyarakat Iban di Sarawak.

Desakan itu disuarakan oleh Presiden Persatuan Dayak Miri (DAM) Encik Serawa Budol yang menganggap pertandingan seperti itu atau lebih dikenali 'Drag Queen Competition' tidak harus dianjurkan sama sekali kerana ia menghina budaya kaum Iban, bangsa, agama, legenda, tradisi, imej dan sensitiviti.

"Pondan, terutamanya tidak diterima dalam budaya Iban," katanya kepada agensi berita Bernama di Miri dan menambah apa jua istilah yang digunakan oleh pihak penganjur tidak harus ada kaitan dengan tradisi Iban.

Encik Serawa membangkitkan perkara itu selepas masyarakat Iban di sini mengkritik hebat penganjuran pertandingan Drag Queen anjuran sebuah kafe tempatan yang memaparkan golongan pondan memakai pakaian adat wanita Iban sempena sambutan perayaan Gawai yang disambut pada 1 dan 2 Jun.

Pertandingan itu dijadual diadakan pada 22 Mei, mengetengahkan tema 'gaun malam bermotifkan Pua Kumbu' dan ia disebar secara meluas di media sosial.

Pihak penganjur boleh menamakan pertandingan itu dengan apa sahaja nama tetapi jangan gunakan istilah Kumang dan sudah semestinya tidak boleh guna pakaian tradisional Iban," katanya dan menambah 'Kumang' sering dirujuk sebagai wanita dan tidak pernah menjadi pondan.

'Kumang' yang bermaksud 'dewi ibu' dalam mitos Iban sinonim dengan pertandingan ratu cantik etnik Iban kerana kecantikan dan sifat-sifatnya yang lembut.

Malah Serawa berkata pihak penganjur tidak boleh menggunakan tema Pua Kumbu kerana ia adalah warisan budaya Iban dan mesti dihormati.  

Pertandingan itu menjadi viral di laman media apabila banyak pihak yang membantah termasuk bekas pelari pecut Malaysia dan pemegang rekod 100 meter, Watson Nyambek yang paling kuat mengkritik.

Watson apabila dihubungi Bernama berkata pertandingan itu akan memalukan komuniti Iban keseluruhannya dan menyokong cadangan pengharaman pertandingan itu.

Sementara itu, ketika dihubungi Bernama, penganjur pertandingan yang enggan dikenali berkata, acara itu telah dibatalkan.

Al-hamdulillah!  (IH/Bernama)

Lihat sebelum ini.. 

E-Buku IH-51: Catatan Perjalanan

E-Buku IH-51: Catatan Perjalanan
Perjalanan Ke Kalimantan

No comments:

Post a Comment