AP - GAMBAR fail 17 Januari 2013 menunjukkan Salman Khan menghadiri satu acara di Mumbai.
HALAMAN HIBURAN
MUMBAI – Bintang Bollywood, Salman Khan dihukum penjara lima tahun
selepas dia didapati bersalah melanggar lima lelaki yang tidur di tepi
jalan di Mumbai pada 2002 dengan seorang mangsa meninggal dunia.
Kes tersebut telah berlarutan selama lebih 12 tahun.
Sebuah mahkamah di Mumbai semalam mendapati Salman bersalah kerana
membunuh tanpa niat, manakala semua tuduhan terhadapnya telah terbukti,
lapor agensi berita Press Trust of India. Pelakon berusia 49 tahun itu kemudian memfailkan ikat jamin dan dia
juga dijangka merayu keputusan tersebut. Salman dibenarkan bebas
sehingga Jumaat ini sementara menunggu keputusan ikat jaminnya.
Dalam pada itu, ramai selebriti Bollywood dan peminat Salman
menggunakan media sosial termasuk Twitter untuk menyatakan sokongan
kepadanya. Seorang daripada mereka turut menyalahkan golongan gelandangan kerana tidur di tempat yang tidak sepatutnya.
“Jalan raya dibina untuk kereta dan bukan untuk orang tidur di
atasnya,” kata peminat berkenaan, Abhijeet Bhattacharya dalam mesej
Twitternya.
Terdahulu, pihak pendakwa raya berkata, Salman mabuk semasa memandu
kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya tetapi dinafikan aktor
berkenaan. Pada April lalu, pemandunya, Ashok Singh memberitahu mahkamah bahawa dia memandu SUV tersebut apabila kemalangan berlaku. Singh berkata, dia gagal mengawal SUV berkenaan selepas satu tayarnya meletup.
Namun, Hakim D.W. Deshpande menolak hujah tersebut dan menuduh Salman
memandu sambil mabuk dan melakukan perbuatan langgar lari. Salman yang merupakan antara aktor paling popular di India pernah
membintangi lebih 90 filem Hindi sepanjang 27 tahun dia berkecimpung
dalam bidang lakonan.
Walaupun mempunyai kes mahkamah, Salman dilaporkan masih mengikat perjanjian bernilai AS$40 juta (RM142 juta) untuk berlakon dalam beberapa buah filem. – AP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Besar kemungkinan Salman mabuk ketika memandu. Mabuk punya hal menyebabkan dia jadi pembunuh dan dihukum penjara 5 tahun.
Maka benarlah sabda Nabi orang Islam Muhammad SAW, bahawa arak punca kejahatan. Dengan meminum arak kencing syaitan, segala sifat-sifat syaitan boleh dituruti. Arak haram jadah! (IH)
Assalamualaikum. Saya pelajar dari UKM. Kami akan menjalankan sebuah program khidmat masyarakat di Aceh, Indonesia. Kami ingin memohon sumbangan dari tuan untuk menjayakan program ini. Diharap mendapat respon positif. Terima kasih
ReplyDeletedisalahkan mengendarai sambil mabuk
ReplyDelete