Friday, May 15, 2015

SPRM Bekukan Harta Di Serawak, Peringatan Pada PM Najib? (52)

Hampir 1,200 batang kayu balak juga disita, termasuk 600 batang di kawasan Belaga, Bakun oleh pihak SPRM.
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Beberapa akaun bank bernilai RM4 juta milik seorang menteri muda Sarawak dibekukan bagi memudahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menurut badan pencegah rasuah itu.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah berkata ia berikutan aduan aduan rasuah dan penyalahgunaan kuasa bernilai lebih RM250 juta melibatkan kontrak pembinaan bangunan kerajaan Baitul Makmur II di Petra Jaya.

“Berikutan siasatan ini, beberapa akaun bank bernilai RM 4 juta milik menteri muda tersebut  dibekukan," kata Jamidan.

Jamidan berkata, menteri muda Sarawak itu merupakan antara beberapa individu dipanggil dalam siasatan tersebut, namun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai identiti mereka.

"Selain mereka, beberapa pihak lain juga akan dipanggil untuk ambil keterangan," katanya.

Sementara itu, SPRM hari ini berkata akaun seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut dibekukan berhubung dakwaan rasuah dalam operasi Ops Gergaji melibatkan hasil balak di Sarawak.

Akaun Adun itu antara 30 lagi akaun syarikat dan individu yang dibekukan dalam operasi tersebut, di mana jumlah keseluruhan akaun yang dibekukan itu bernilai RM600 juta.

Menurut kenyataan SPRM, 1,200 hasil balak disita setakat ini setelah 2 hari Ops Gergaji dijalankan terhadap 49 lokasi di sana.

Hampir 1,200 batang kayu balak juga disita, termasuk 600 batang di kawasan Belaga, Bakun oleh pihak SPRM.

Jamidan menambah, mereka yang memberi keterangan bagi membantu siasatan diminta dirakam percakapan mereka berkaitan perbuatan rasuah, aktiviti pembalakan dan penebangan hutan haram dan perbuatan mengelak cukai.

Difahamkan seramai 10 orang setakat ini dipanggil untuk dirakam percakapan, termasuk pemilik kilang papan dan penyelia kilang.

Hampir 1,200 lagi batang kayu balak juga disita termasuk 600 batang di kawasan Belaga, Bakun oleh SPRM. Semalam, 500 batang balak disita.

Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009, serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. (TMI)

Suatu peringatan untuk PM Najib. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails