Ustaz Ahmad Awang (tengah) calon Presiden PAS.
USTAZ Ahmad Awang memberi amaran kepada pemimpin dalam Pakatan Rakyat termasuk DAP supaya menghentikan serangan terhadap Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun ia dibuat dengan niat untuk menegurnya.
Bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang yang juga calon presiden PAS dalam dalam muktamar terdekat akan dating ini, berkata teguran menggunakan emosi amarah bukan cara terbaik apatah lagi maruah seseorang individu termasuk Abdul Hadi mesti dipelihara.
"Serangan demi serangan yang dihala kepada Ustaz Abdul Hadi Awang tidak akan memberikan kelebihan politik kepada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat. Hentikan serangan-serangan tersebut.
"Usah berpolitik dengan amarah dan emosi. Kedepankan hikmah (kebijaksanaan) dalam berkomunikasi. Mudah-mudahan kesemua kebaikan-kebaikan dalam politik ini akan timbul dan memudahkan urusan perjuangan kita," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas siri serangan beberapa pemimpin DAP termasuk Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng antara lain menyatakan hati Hadi bersama dengan Umno dalam isu kerajaan perpaduan.
Sehubungan itu, Ahmad menyeru semua pimpinan dalam Pakatan Rakyat bersikap matang berdialog dan berbincang antara pimpinan politik demi menyelesaikan krisis perbezaan pandangan yang "meruncing" berbanding menyerang sesama sendiri di alam maya.
"Politik adalah sesuatu yang dinamik. Jika perbincangan pertama tidak selesai, usah berfikir bahawa perbincangan kali kedua juga tidak akan selesai.
"Pengalaman (saya) memimpin Pakatan Rakyat Perak sebelum ini membuktikan pelbagai masalah besar dapat diselesaikan dengan musyawarah," katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perak. (IH)

2 comments:
SIALAN KAKI JUDI YANG BIKIN PROMOSI JUDI INI....SEMOGA INSAF DAN TAKUT DOSA.... JAUHI DIRI DARI MAKAN HASIL HARAM!!!
(DR.G)
Itulah mentaliti INDON. Judi pun masih sebut nama tuhan. Sial betul. Kekallah kamu zulumat ilan nur. Hina kau sampai mampus. Taubatlah.
Post a Comment