Tawar USD20 J Tangkap Pemimpin ISIS. Mereka Sudah Masuk AS!
Empat ahli utama ISIS, dari kiri Qaduli, Adnani, Batirashvili, Harzi. © BBC
SETELAH kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) mendakwa
bertanggung jawab atas penembakan yang terjadi di Texas Selasa kelmarin
(5/5), Amerika Syarikat (AS) mula geram dan mengumumkan sayembara tangkapan bernilai US$20 juta atau setara bagi sesiapa yang dapat memberitahu kehadiran empat pemimpin ISIS itu.
Dilapor dari laman web BBC (6/5), keempat pemimpin ISIS tersebut adalah al-Qaduli, al-Adnani, Batirashvili, dan al-Harzi, seperti gambar di atas. Sayembara yang ditawarkan kerajaan AS ini bernilai berbeza pada tiap orang. Pemimpin kanan al-Qaduli, yang mempunyai latar belakang sekutu
Al-Qaeda dihargai paling tinggi dengan nilai US$ 7 juta.
Adnani dan Batirashvili dihargai bernilai US$ 5 juta dan US$ 3 juta (Rp 39 bilion). Tidak hanya itu, AS sanggup memberikan hadiah tunai sejumlah US$ 25 juta untuk pemimpin tertinggi Al-Qaeda Ayman
al-Zawahiri.
Dalam sebuah video Januari lalu yang dilaporkan oleh surat khabar the
Daily Mail (28/1), ISIS mengancam akan memenggal kepala Presiden Barack
Obama dan menjadikan AS sebagai wilayah muslim.
"Ketahuilah,
Obama, kami akan tiba di Amerika dan kami akan memenggal kepalamu di
Gedung Putih lalu mengubah Amerika menjadi Provinsi Muslim," kata
seorang ahli ISIS dalam bahasa Arab sambil memakai topeng hitam di depan
seorang tawanan Kurdi yang sedang melutut dan tangannya diikat ke
belakang .
Tembakan di tengah pameran karikatur nabi muhammad. ©REUTERS
Kini ISIS Sudah Sampai Ke AS
Dalam pelbagai video propaganda yang mereka sebar lewat dunia maya,
kumpulan ISIS kerap mengancam AS. Mereka berulang kali menyatakan akan menyerang negara superpower itu
sebagai balasan atas serangan pasukan gabungan pimpinan AS terhadap
kumpulan mereka di Syria dan Iraq.
Apalagi dalam serangan udara pada Mac lalu, pemimpin ISIS Abu Bakar
Al-Baghdadi diyakini luka parah sehingga kedudukannya diganti dengan
tangan kanannya, Abu Alaa al-Afri. Ancaman ISIS itu akhirnya benar-benar menjadi kenyataan dua hari lalu. Polis Negara Bahagian Texas menembak mati dua lelaki bersenjata di luar sebuah bangunan pameran karikatur nabi di Garland. (IH)
1 comment:
woow banyaknya tuh duit
Post a Comment