Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menyarankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyuruh anak tirinya Riza Aziz menjual semua asetnya di Amerika Syarikat dan membeli tanah di Tun Razak Exchange yang dikatakan sangat menguntungkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mei, 2015.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua hari ini mengatakan sekiranya tanah yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange (TRX) begitu menguntungkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya menggesa anak tirinya, Riza Aziz yang kini menetap di Amerika Syarikat membeli tanah tersebut.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, Najib perlu meminta anak tirinya itu menjual kesemua hartanahnya di negara tersebut untuk membolehkan dia membeli tanah TRX yang dibeli Tabung Haji. Pua berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Najib semalam yang mengatakan Tabung Haji menjual tanah itu kepada sektor swasta ialah satu urusan komersial yang baik dan membolehkannya mengaut untung beberapa juta ringgit dalam tempoh masa yang singkat
"Perdana menteri yang juga menteri kewangan tentu bergurau," kata Pua.
"Jika begitu mudah untuk Tabung Haji 'mendapatkan beberapa juta ringgit', kenapa 1MDB begitu terdesak mendapatkan dana, tidak menjualnya kepada pihak yang didakwa sanggup membeli dengan harga yang lebih tinggi berbanding Tabung Haji?" soalnya
Agensi berita Bernama semalam melaporkan, Najib menafikan pembelian tanah pada harga RM188.5 juta ialah satu tindakan menyelamat atau “bailout”, sebaliknya menegaskan, isu itu diputar belit bagi memperlihatkan seolah-olah Tabung Haji menggunakan wang pendeposit untuk menyelamatkan 1MDB daripada masalah kewangan. Beliau dilaporkan berkata, pihaknya menasihati Tabung Haji untuk menjual tanah seluas 0.64 hektar itu bagi mengelakkan kontroversi urusan pembelian tanah itu dipanjangkan.
"Kami tidak mahu kontroversi ini dipanjangkan kerana ia akan mengambil banyak tenaga kami dari segi memberi tumpuan terhadap beberapa daripada program-program besar yang kami cadang untuk laksanakan," katanya pada satu sidang media di Sabah.
Pua bagaimanapun berkata, Tabung Haji dipaksa membayar harga untuk tanah itu bagi menanggung risiko bagi pihak 1MDB untuk mencari pembeli.
"Kenapa tidak 1MDB menemui pembeli yang berminat yang didakwa bersedia membeli tanah itu, dikatakan mereka sanggup membayar lebih RM5 juta untuk tanah yang dibeli oleh Tabung Haji?" katanya.
Malah, Pua turut mengkritik Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan mengatakan dakwaan beliau tidak berasas apabila mengatakan tanah itu boleh dijual dalam masa seminggu.
"Beliau begitu komited tanah itu akan dijual kepada pembeli dengan keuntungan RM5 juta dan diselesaikan dalam tempoh seminggu," katanya.
Sehubungan itu, Pua berkata DAP menggesa Najib menunjukkan contoh yang baik dengan menggesa anak tirinya menjual aset di luar negara dan membeli tanah tersebut.
Akhbar The New York Times pada Januari melaporkan Riza Aziz membeli kondominium mewah di New York Park Laurel dan rumah banglo di Los Angeles Beverly Hills pada harga RM121 juta dan RM63.2 juta.
"Lebih menakjubkan, kesemua ini dimiliki secara tunai, tidak lain dan tidak bukan oleh Jho Low!" dakwa Pua merujuk kepada ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Low Taek Jho.
Beliau berkata, pihaknya mengetahui, salah satu sebab 1MDB terpaksa menjual tanah itu adalah kerana dibebani hutang RM42 bilion kerana syarikat Jho Low memindahkan berbilion ringgit daripada 1MDB.
"Dan sekarang, 1MDB terpaksa menjual asetnya yang dibeli pada harga yang lebih murah daripada kerajaan untuk mendapatkan dana bagi melangsaikan hutangnya.
"Sebagai contoh, 1MDB menjual 1.56 ekar tanah kepada Tabung Haji dengan harga RM2,773 sekaki persegi walaupun membelinya dengan harga kurang RM64 sekaki persegi," kata Pua.
"Oleh demikian, jika perdana menteri percaya, membayar lebih RM2,773 sekaki persegi adalah urus niaga yang baik, beliau harus menasihatkan Riza Aziz untuk menjual hartanahnya sejumlah RM184 juta dan membeli tanah itu daripada Tabung Haji."
Beliau berkata, jika Najib masih mahukan rakyat Malaysia menyelamatkan 1MDB daripada masalah kewangannya, lebih tepat untuk menunjukkan contoh, keluarganya menggunakan kekayaan mereka menyelamatkan 1MDB. – 11 Mei, 2015. (TMI)
Mana mulut pejuang Melayu UMNO, sila jawab? Jangan jadi muka tak malu..
KHAIRY JAMALUDDIN - KETUA PEMUDA UMNO SILA LETAK JAWATAN.
ReplyDeleteSeluruh Gerakan & Ahli Pemuda UMNO telah tertipu dengan usaha Ketuanya si HaramJaddah Khairy dan Timbalannya Azwan Bro memberi tekanan kpd pucuk pimpinan UMNO, Presiden & Perdana Menteri di dalam hal berkaitan 1MDB dan Urusan Tabung Haji.
Rupa-rupanya Iblis/Syaitan Kecil Khairy tertekan keranan desakan Nori supaya mempertahankan Kontrak MAS selama 25 tahun. Pihak Mas (Kerajaan) telah memendekkan Kontrak Bapak Saudara Nori..Berahim kpd 5 tahun dan MAS boleh mengantikan mana2 Katering jika MAS tak berpuashati pd Berahim.
Jadi Khairy telah menggunakan kedudukkannya sebagai Ketua Pemuda memberi tekanan pd PM Najib supaya meletak jawatan. Usaha Khairy ini mendapat restu TS Muhyiddin Yassin yang dah kelalut dengan desakan Iblis/Syaitan Besar Mahathir Mamakkutty Haramjaddah MahaZalim, MahaLanun, MahaPerompak, MahaCilako, MahaPukimak...Semoga Dipendekkan Umur dan Mampois cepat2.
Banyak daah ditulis tentang Kezaliman, Penipuan, Penyelewengan dan KECURIAN yg dilakukan oleh Regim Mahathir Laknatullah. Hanya Blogger SIAL PUKIMAK MAKAN HARTA FITNAH RASUAH.. Outsidethebox, Din Turtle, ApaNama, Zam Maiden Mamak Pukimak, A J Kadir... Semunya terdiri drp Mamak Haramjaddah yg nak melaga-laga, melemahkan kepimpinan Orang Melayu.
Orang Melayu UMNO, jangan Sokong Mukhriz PONDAN, kaki betina, OPCOM yg dapat kontrak sediakan fibre optik seluruh Malaysia, Mohon Najib CANCELkan Kontrak Opcom. Ini kerana Mamakkutty Dah lama Merompak, Melanun dan Mencuri Wang Rakyat. Inilah sebab apa2 pon bisness yg Anak-Anak Pukimak Mahathir Mohkzani (Penipu), Mirzan (Penyangak) Mukhriz (Pondan) buat, semuanya GAGAL, kerana duit Mamakkuty Mahathir bagi hasil drp usaha Haram Wang Rakyat.
Tahniah Melayu. Anda bangsa paling BODOH DAN DUNGU. Miracle of the world.
ReplyDelete