Tuesday, May 19, 2015

Wan Azizah Jadi PM Wanita Pertama Malaysia, Jika PR Menang?

Wan Azizah bakal PM wanita pertama di Malaysia?


KL: Kalau pakatan pembangkang berjaya menawan Malaysia pada pilihan raya akan datang, bererti Malaysia akan beroleh Perdana Menteri pertama terdiri dari seorang perempuan.

Hal ini berikutan Ahli Parlimen Shah Alam Alam, Khalid Samad dari PAS bersetuju supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Perdana Menteri, kalau pakatan pembangkang berjaya menawan Malaysia pada pilihan raya akan datang, 

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu bagaimanapun hanya bersetuju jika Wan Azizah dinamakan sebagai Perdana Menteri dalam Kabinet Bayangan. Khalid berkata, pelantikan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet yang sebenar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang Putrajaya hanya ditentukan melalui persetujuan semua parti. 

“Namun soalan siapa yang perlu menjadi Perdana Menteri dalam kabinet sebenar belum timbul lagi, maka tak perlu lagi dijawab kerana suasana pun akan berubah,” katanya kepada kepada FMT ketika ditemui di Lobi Parlimen. 

Dia menganggap perkara itu bukan perkara sepatutnya untuk dibahas kerana PR belum membentuk kerajaan Pusat. 

“Apabila kerusi PR mencukupi, pada ketika itu akan bergantung kepada kedudukan kerusi setiap parti. Ketika itu perbincangan dan perbahasan lebih mendalam akan diperlukan kerana ini bukan lagi Kabinet Bayangan tetapi Kabinet sebenar,” tegasnya. 

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri Pas menolak cadangan Kabinet Bayangan. Katanya, Pas berpendapat banyak lagu isu tertangguh yang perlu diselesaikan oleh PR berbanding Kabinet Bayangan yang dicadangkan itu. 

“Kabinet bayangan yang dicadangkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak perlu lagi. Banyak lagi isu tertangguh yang perlu diselesaikan oleh PR disamping hubungan tiga parti yang sedang rapuh,” katanya. 

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, kewujudan Kabinet Bayangan akan hanya menimbulkan banyak persoalan. 

“PR seharusnya menyelesaikan isu tertangguh seperti hudud dan fokus dalam berhadapan dengan UMNO,” katanya. . 

Wan Azizah dalam sidang media pertama selepas dilantik Ketua Pembangkang berkata, PR akan mewujudkan semula Jawatankuasa Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat (PR) dan akan memilih setiap wakil parti untuk memperkukuhkan timbang tara demi memelihara kepentingan rakyat. 

Wajarkah Malaysia memiliki seorang perdana menteri wanita mengatasi lelaki-lelaki, buat masa ini? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails