Friday, May 22, 2015

Zina, Penyelesaiaan Melalui Hudud.

Dataran Dira di Arab Saudi di mana hukuman hudud seperti hukuman penggal kepala dikuatkuasakan.

Kisah Perniagaan Najis Zina Di Negara Umat Islam Terbesar Di Dunia (Siri 12/Akhir)
Siri 1: Pilih-Pilih, Niaga Najis Zina Dalam Internet. Jom ...
Siri 2: Gadis Miskin Di Bawah Umur Terlibat Niaga Najis Zi...
Siri 3: Sarang Pelacur Pangsapuri Kalibata City Diserbu..
Siri 4: Maksiat & Lacur Terselubung, Lagi 60 Pasangan Dibe...

Siri 5: Seks Via Twitter: Pembunuhan Janda Cantik Ini..
Siri 6: Lagi Bongkar Najis Zina Di Internet. 
Siri 7: Pelacur Artis: Ahli DPR (Parlimen) Indonesia, Term...
Siri 8: Kisah 'Papi' Bapa Ayam, Niaga Najis Zina Di Intern...

Siri 9: Zina Dalam Pelbagai Agama.
 
Siri 10; Peraturan Zina Dalam Negara-negara Di Dunia.
Siri 11: Dagang Zina, Mengapa Mesti Lihat Sweden Tidak Per...

KESIMPULAN 3:

Tidak ada penyelesain lain mengenai masalah perlakuan najis zina dalam Islam kecuali melalui perlaksanaan hukum hudud. Yang dikatakan negara Islam sebenarnya ialah negara yang melaksanakan perundangan Islam, di dalamnya ada peraturan hukum hudud.

Hudud (Bahasa Arab: حدود Ḥudūd; tunggal: hadd, حد, bererti harfiah "had" atau "batasan") merupakan konsep Islam yang berasaskan al-Quran dan Hadis yang ditakrifkan sebagai jenayah. Antaranya adalah jenayah zina, mukah, kehomoseksualan, qazaf (menuduh orang atas persetubuhan haram tetapi gagal menyampaikan empat saksi Muslim), murtad, pengambilan khamar (minuman keras), bughat (penderhakaan), penyamunan dan pencurian.

Dalam hukum Islam iaitu syariah, jenayah hukum mengundang segolongan hukuman yang ditetapkan oleh Allah (dan tidak boleh dicabar atau dipinda) menurut kepercayaan Muslim. Antaranya seperti sebatan atau rejaman hingga mati di khalayak umum, potong tangan atau hukum bunuh di khalayak umum.

Tuntutan Allah Menurut Al-Quran Dan Hadis.

Jenayah hudud menurut al-Quran dan Hadis, adalah tuntutan dari Allah SWT yang menjadi kewajipan kepada kerajaan Islam melaksanakannya.

Al-Quran

Jenayah pencurian hudud diperikan dalam Surah al-Mā'idah ayat 38: 

  • Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Al-Quran 5:38

Jenayah menyamun atau merompak atau penderhakaan terhadap Islam di dalam Daulah Islamiyah Surah al-Mā'idah ayat 33:

  • Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. Al-Quran 5:33

Jenayah minum arak dicakupi oleh Surah al-Mā'idah ayat 90, tetapi hukumannya disuratkan dalam Hadis:

  • Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Al-Quran 5:90

Jenayah zina dan mukah dicakupi oleh beberapa ayat, termasuklah Surah an-Nur ayat 2:

  • Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. Al-Quran 24:2

Jenayah-jenayah hudud mengenai qazaf dan murtad berasaskan surah-surah an-Nur ayat 4 dan 6, surah at-Taubah ayat 66 dan surah an-Nahl ayat 106 antara lainnya.

Hadis

Hadis yang sahih dikira sebagai sumber perundangan syariah yang paling dipercayai selain al-Quran. Ia secara menyeluruh menghuraikan jenayah dan hukuman berasaskan hudud. Adakalanya al-Quran menentukan jenayah hudud tanpa menyatakan hukumannya, maka hukumannya ditentukan menurut hadis oleh para ilmuwan Islam. Antaranya:


  • Rasulullah saw. memotong tangan pencuri dalam (pencurian) sebanyak seperempat dinar ke atas. Aisyah r.a., Sahih Muslim

  • Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali. Abu Bakar (pada masa pemerintahannya) juga telah melakukan perkara yang sama, sehingalah pada masa Umar (menjadi khalifah), beliau telah berbincang dengan para sahabat dan Abdul Rahman bin Auf telah mencadangkan (supaya diperberatkan hukuman kepada 80 sebatan) hudud yang paling ringan iaitu 80 sebatan.Anas bin Malik ra., Sahih Muslim
Hudud adalah salah satu daripada tiga kategori dalam Kanun Jenayah Syariah:
  • Qisas – bermaksud tindakan balas, menurut rukun "mata dibalas mata."
  • Hudud – Hukuman yang sudah ditetapkan oleh al-Quran.
  • Takzir – hukuman yang dilaksanakan atas budi bicara hakim syariah.
Antara kesalahan hudud adalah:
  • Pencurian (as-Sariqahالسرقة)
  • Penyamunan (Haraba, Qat' al-Tariqقطع الطريق), atau lain-lain perbuatan jahat terhadap Daulah Islamiyah
  • Keluar dari agama (Riddahردة or Irtidad, ارتداد), iaitu tindakan meninggalkan Islam untuk memeluk agama lain atau menjadi ateis
  • Zina (Zina’الزنا), merangkumi persetubuhan sebelum nikah, luar nikah dan sejenis (homoseksual)
  • Qazaf, iaitu tuduhan zina palsu (Qadhfالقذف)
  • Minum arak, perjudian dan mempertikai Imam atau menderhakai Islam (Shurb al-Khamr, Maisir, Baghi)
Pembunuhan, pencederaan orang dan pemusnahan harta bukanlah jenayah hudud. Pembunuhan menurut hukum Islam bukanlah jenayah hudud tetapi dilayan seperti pertelingkahan peribadi antara pembunuh dan pewaris mangsa. Pewaris mangsa boleh memilih untuk tidak menuntut apa-apa, menuntut hak untuk mengampuni pembunuh atau menuntut ganti rugi (rujuk Diyat) atau menuntut kematian buat pembunuh (rujuk Qisas). 

Pewaris itu tidak boleh menuntut apa-apa dalam hal yang mana tertuduh "membunuh mangsa dengan munasabah" seperti kes-kes yang mana mangsa bunuh melakukan zina, kufur atau murtad. Jenayah maruah yang mana seorang Muslimah dibunuh oleh sanak-saudara kerana tingkah laku seksualnya mengaibkan maruah keluarganya dilayan sebagai perihal sivil. 

Demikian juga, pencederaan dan pemusnahan harta dikira sebagai pertikaian bukan jenayah sesama pihak.

Tafsiran mengikut mazhab

Terdapat perbezaan kecil antara pandangan-pandangan empat mazhab Sunnah berkenaan pelaksanaaan dan spesifikasi untuk undang-undang ini dalam perihal Baghj (pertikaian atau kritikan terbuka terhadap pihak berkuasa keagamaan seperti Imam). 

Baghj merupakan pencabulan terhadap Surah al-Hujurat ayat 9, dan merupakan kesalahan hudud dalam kesemua aliran hukum Sunnah mahupun Syiah. Bagaimanapun, ia berbeza dengan jenayah hudud yang lain kerana ayatnya menganjurkan supaya yang tertuduh mencabul hukum Islam menerima pembelaan, malah terdapat perbezaan pendapat sesama fiqh akan proses yang diperlukan sebelum menjatuhkan hukumannya. 

Dalam kategori dan kes-kes lain, syariah merupakan hukum tentuan Allah dalam agama Islam yang menetapkan hukuman-hukuman tertentu untuk setiap jenayah, malah tidak sesekali terubah. Hudud merupakan kewajipan yang dituntut oleh Allah menerusi wahyu kepada Muhammad s.a.w. dan tidak boleh dipinda atau dimansuhkan oleh rakyat, hakim mahupun perundangan. 

Sesiapa pun yang sekali didakwa atas jenayah hudud mesti dikejar oleh Daulah, bahkan dakwaan itu tidak boleh ditarik balik, malah tiada pihak berkuasa pun boleh memberikan pengampunan. Pesalah itu mesti dihukum.

Hukuman


Secara ringkas, hukuman-hukumannya termasuklah:

  • Hukuman mati dengan memenggal kepala atau menyalib (untuk murtad, penyamunan dengan membunuh), merejam (untuk zina oleh pesalah yang sudah berkahwin)
  • Potong tangan atau kaki (untuk pencurian dan penyamunan tanpa membunuh)
  • Sebatan, dari 40 ke 100 kali (untuk zina dan mukah, minum arak, perjudian, dan qazaf)
Sila rujuk lagi..
(http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Upd.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/20e4d85c59904e8a482573a6001a46e8



KELANTAN
ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1985
Mengandungi pindaan terkini - En. 4/87


Sekian, sekadar imbasan ringkas. (IH)




LAMPIRAN I

Foto-foto Hukuman Hudud.
Diangkat dari..
https://inijalanku.wordpress.com/parti2/foto2-hukuman-hudud/

Ini video hukuman pancung di Arab Saudi :



Ini foto hukuman rejam sampai mati di Somalia yang dipost oleh seorang kawan Melayu di Malaysia kepada saya :

Si pesalah di tanam separuh badan.

Beliau diingatkan untuk bertaubat dan mengucap Kalimah Syahadah sebelum menemui ajalnya.

Si pesalah terus mengucap Kalimah Syahadah. Tanda jari telunjuk tersebut adalah kebiasaan orang Arab ketika mengucap bermakna “hanya Allah yang SATU” (tanda TAUHID/ESA) dalam lafaz
“Tiada Tuhan Melainkan Allah. Muhammad itu Pesuruh Allah“.

Ketika direjam oleh sebahagian lelaki Islam sambil sebahagian yang lain menyaksikan hukuman tersebut demi mengambil pengajaran dan keinsafan.

Setelah menjalani hukuman rejam sampai mati. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.

 Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa si pesalah di atas yang dilakukan sepanjang hayatnya, dimasukkan ke dalam SyurgaNya dan semoga Allah menjauhkan saudara-saudara seIslamnya dari maksiat-maksiat yang terkutuk. Ameen.

Setelah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Maiz mati direjam kerana kesalahan berzina dengan seorang sahibiah bernama Ghamidiah, Rasulullah saw bersabda, Laqad taba, lau wuziat taubatahu ila ahlil madinah lakafat” 

(Sesungguhnya Maiz telah bertaubat, dan jika taubatnya dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk Madinah, nescaya ia mencukupi untuk mereka semua).

“Dan orang-orang yang mencuri, lelaki dan wanita, potonglah tangan mereka, sebagai hukuman terhadap apa yang telah mereka lakukan. Ia sebagai balasan dari Allah. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Sesiapa yang bertaubat setelah (melakukan) kezalimannya dan membaiki dirinya maka sesungguhnya ALlah memberi taubat kepadanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-Maidah:38 – 39)

Hukum hudud potong pergelangan tangan kerana kesalahan mencuri.

Di Negara-negara Sekular, seseorang boleh mencuri secara terhormat seperti pecah amanah wang simpanan ratusan juta ringgit, kemudian memindahkan secara membahagi-bahagikan wang tersebut kepada suku sakatnya menjadikan mereka sekumpulan jutawan sekelip mata.

Apabila beliau dihukum penjara atau denda dan tidak dapat membayar dendaan tersebut, beliau di istihar “Muflis” dan mungkin dipenjarakan untuk sesuatu tempoh. Apabila tamat tempoh penjara, beliau melangkah keluar dari penjara sebagai seorang jutawan lagi menjutawankan orang lain. Suku sakat jutawan beliau boleh memulangkan sepenuh atau sebahagian dari jutaan wangnya dengan cara halus mengikut perjanjian dan terma yang mereka sepakati bersama.

Demikian berbilion wang rakyat dilesapkan sepanjang masa. Di dalam Islam, jika sabit kesalahan seperti itu, beliau akan kehilangan tapak tangannya kerana dipotong, dan hutangnya jatuh ke tangan warisnya dalam hal-hal tertentu.

Seorang pesalah sedang dipancung. Pedang telah diangkat betul-betul di atas tengkuk. Kelihatan seorang lagi pesalah (berpakaian putih) telah dipancung lehernya.

Kedua-dua pesalah telah dipancung.

Pada Musim Haji 2007M/1428H yang lalu ketika di Madinah saya sempat melihat perkumpulan manusia di satu padang untuk menyaksikan hukuman pancung, katanya akan berlangsung pukul 11.00 pagi.

 Malangnya apabila saya balik ke hotel untuk mengambil kamera video dan tiba di tempat tersebut pukul 10.30 pagi, hukuman tersebut telah pun dilaksanakan pada pukul 10.00 pagi sebenarnya. Yang ada di situ ialah tompokan-tompokan darah yang sedang dipancutkan air ke atasnya oleh para pekerja.


Di Nusatara ?


LAMPIRAN II


Bukan Muslim Pun Sokong Hudud May 19, 2015
Boleh baca ayat luahan mereka yang mana rumah mereka dipecah masuk. Tengok! Hanya hukum Islam adalah hukuman yang paling setimpal.

Ayuh sokong hudud!
Diangkat dari Blog Kerabu Bersuara.

(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails