Melissa Scott
IANYA termasuk bintang-bintang porno di dunia ini. Ramai mereka bertaubat dan kembali mencari agama masing-masing.
Kita singkap kisah bintang porno Kristian pula.
Ketiga: Melissa Scott
Melissa Scott nampaknya memang terlalu cantik dan seksi untuk menjadi seorang pastor. Pastor adalah pemimpin agama di lingkungn gereja Kristian. Pastor berasal dari bahasa Latin bererti gembala.Kita singkap kisah bintang porno Kristian pula.
Ketiga: Melissa Scott
Tidak hairan kerana sebelum ini, pada 1980-an, dia memilih berkerja sebagai bintang porno. Dia dikenal dengan nama Barbie Bridges di dalam industri filem panas. Ketika orang ramai mengetahui latar belakangnya itu, sejumlah kalangan meminta dia berhenti menjadi pastor.
Namun sebahagian masyarakat tetap meminta dia berkhidmat di jalan Tuhan. Menurut mereka, Scott boleh menjadi contoh inspirasi dalam hidup kerana telah menemui jalan yang benar dari dunia kelam. Scott akhirnya melanjutkan pendidikannya di Universiti Katedral di Los Angeles, dan rakaman ceramahnya cukup laris di pasaran.
Keempat: Jenna Presley
Jenna Presley asal Amerika Syarikat menggoncang penggemarnya lantaran pelakon porno ini mengumumkan dia telah bertaubat dan menjadi pelayan Tuhan.
Presley bernama asli Brittni Ruiz mengatakan dia lahir kembali dengan menjadi hamba Yesus Kristus yang taat. Cukup berat dia menamatkan kerjaya yang telah melonjakkan dirinya itu. Namun berkat pertemuannya dengan pastor Craig Gross yang membuat laman xxxchurch.com akhirnya Presley memutuskan berhenti dari adegan katil
Kelima: Betty Page
Bintang kenamaan tahun 1950an ini menjadi "Model Teranyar Tahun Ini" yang diberikan majalah dewasa Playboy pada 1955. Usai menjadi model Playboy, namanya melonjak lantaran keseksian tubuhnya dan menarik senyumnya.
Fotonya kemudian beberapa kali dibuat semula dan menjadi idola, bahkan sempat dibuatkan komik. Di tahun 1959 Bettie akhirnya merubah jalan hidupnya dengan memulakan menjadi penganut Kristian yang taat selepas menghadiri Key West Temple Baptist Church.
Beza Taubat Menurut Kristian / Islam.
Memang terdapat banyak persamaan berkait cara-cara bertaubat menurut agama Islam dan agama Yahudi. Tetapi dengan penganut agama Kristian sekarang, adalah bertentangan cara bertaubat dengan Islam, seperti dalam acara baptis dan pengakuan dosa-dosa di hadapan paderi.
Pembaptisan Kristian ada kaitannya dengan konsep dosa asal. Mandi baptis pada dasarnya, keluarnya seseorang dari dosa dan kemasukan ke dalam kesucian. Oleh kerana itu, pembaptisan adalah pembersihan jiwa dan pembersihan dosa asal.
Cara lain bertaubat dalam agama Kristian adalah pengakuan dosa-dosa di hadapan paderi (sacramen) kemudian pemaafan yang dilakukan oleh pendeta itu. Dalam cara ini, orang yang berdosa pergi ke hadapan pendeta dan mengakui perbuatan-perbuatan dosanya di hadapan paderi.
Pendeta itu menentukan bayaran serta tebusan atas dosa-dosa yang dilakukan, dan akan mengampuni dosa-dosanya. Demikianlah cara mengampuni dosa orang-orang yang bersalah dan mengakui dosa. Cara ini tidak diiktiraf dalam agama Islam. Bukan hanya tidak menghilangkan dosa-dosa, bahkan perbuatan ini sendiri merupakan suatu perbuatan dosa.
Dalam agama Islam, pengakuan dosa di hadapan seseorang merupakan perbuatan haram dan manusia tidak boleh menyelongkar dosanya kepada selain Allah SWT. Inilah perbezaan antara ajaran agama Islam dan Kristian.
Taubat Dalam Kristian
Agama Kristian agak berbeza dalam memandang masalah taubat. Sebelum membincangkan tentang cara-cara untuk bertaubat dalam agama Kristian, perlu diperhatikan terlebih dahulu bahawa prinsip emanasi, asas dan kepercayaan agama Kristian.
Terlebih dahulu mempercayai prinsip dan asas-asas bahawa kembalinya manusia kepada Tuhan akan berpengaruh dan memberikan hasil jika seseorang mempunyai keyakinan tentang penebusan Nabi Isa AS dan emanasinya kepada manusia. Oleh itu, semua yang ada dalam agama Kristian, berkenaan dengan taubat dan kembali kepada Tuhan, akan berpengaruh setelah mengakui adanya kepercayaan ini.
Namun kepercayaan ini berkembang beberapa lama di kalangan agama Kristian di mana taubat sama sekali tidak memberikan keuntungan kepada manusia secara perilaku dan pada dasarnya tidak mungkin bahawa manusia menempuh jalan itu. (Lihat Haqani Zanjani, Husain, Darshai az Maktab Islam, Taubah dan Islam wa Masihiyat, hal. 58, tahun ke-26, no 8, Aban, 1365 S)
Pendapat ini telah dijalankan selama berabad-abad di Gereja. Meski pada abad-abad sebelumnya berbeza dengan apa yang dilakukan selepas itu, dan telah ada cara-cara untuk bertaubat.
Mari kita bahas tentang cara-cara bertaubat dalam perspektif agama Kristian ..
1. Mandi Baptis
Mandi baptis merupakan salah satu ajaran agama Kristian dan diterima oleh kalangan Katolik, Ortodoks dan Protestan. Mandi baptis bagi pemeluk agama Kristian hanya dilakukan satu kali. Seseorang yang menerima ajaran agama ini, perlu melalui langkah demikian sehingga ia disebut sebagai seorang penganut agama Kristian.
Ketiadaan melakukan mandi baptis dinilai sama dengan tidak masuknya seseorang ke agama Kristian. Hal ini persis seperti pada agama Islam yang mewajibkan seseorang untuk mengucapkan dua kalimah syahadat (syahadatain). Mengukuhkan dirinya sebagai pemeluk agama Islam, dengan berikrar akan ke-Esaan Allah dan risalah kenabian Nabi Muhammad Saw.
Prinsip mandi baptis merupakan ajaran yang pasti dalam Alkitab. Banyak ayat-ayat yang menyinggung tentangnya.
- "Maka datanglah kepadanya penduduk dari Jerusalem, dari seluruh Judea dan dari seluruh daerah sekitar Jordan. Lalu sambil mengaku dosanya, mereka dibaptiskan oleh John di sungai Jordan. "[(Matius [3]: 5-6 dan ayat-ayat selanjutnya;" Tetapi sekarang mereka percaya kepada Filipus yang memberitakan Injil tentang Kerajaan Allah dan tentang nama Yesus Kristus, dan mereka memberi diri mereka dibaptis, baik lelaki mahupun perempuan. "(Kisah Para Rasul [8];" Bolehkah orang mencegah untuk membaptis orang-orang ini dengan air, sedangkan mereka telah menerima Roh Kudus sama seperti kita? "Lalu ia menyuruh mereka dibaptis dalam nama Yesus Kristus. Kemudian mereka meminta Petrus, supaya ia tinggal beberapa hari lagi bersama-sama dengan mereka. "(Kisah Para Rasul [10]: 47-48)]
Teori dosa asal dan kemudian berlanjut kepada keturunan Adam berlawanan dengan akidah agama Islam dan oleh kerana itu, mengikuti cara bertaubat mereka tidak dibenarkan.
2. Mengakui Dosa di hadapan Pendeta
Dalam ajaran agama Kristian, salah satu cara untuk mendapat pengampunan dosa adalah dengan mengakui perbuatan dosa (sakramen) itu di hadapan pendeta dan kemudian mengharap ampunan kepadanya. Penyokong pendapat ini, berpegangan pada ayat-ayat yang ada pada kitab Injil:
- "Maka datanglah kepadanya penduduk dari Yerusalem, dari seluruh Yudea dan dari seluruh daerah sekitar Yordan. Lalu sambil mengaku dosanya mereka dibaptis oleh Yohanes di sungai Yordan. "Matius, 3: 5-6
- "Kerana itu hendaklah kamu saling mengaku dosamu dan saling mendoakan, supaya kamu sembuh. Doa orang yang benar, bila dengan yakin didoakan, sangat besar kuasanya. "Surat Yakobus 5: 16.
Oleh itu, menurut agama Kristian, Nabi Isa AS memberikan kuasa kepada rasulnya:
- "Maka kata Yesus sekali lagi: 'Damai sejahtera bagi kamu! Sama seperti Bapa mengutus Aku, demikian juga sekarang Aku mengutus kamu. 'Dan sesudah berkata demikian, Ia mengembusi mereka dan berkata:' Terimalah Roh Kudus.Jikalau kamu mengampuni dosa orang, dosanya diampuni, dan jikalau kamu menyatakan dosa orang tetap ada, dosanya tetap ada. '"Yahya, 20: 21-23
Dalam tradisi Katolik, pembuat tradisi taubat dan pengakuan dosa adalah Nabi Isa AS sendiri, bukan para rasulnya. (George, Aine Katolik, Penj, Hasan Qanbari, hlm. 134, Qum, Markaz Muthali'at Adyan wa Madzahib, Cet. 1, 1381.)
Ertinya hal itu merupakan suatu hal yang dianjurkan (sunnah), bukan merupakan bid'ah. Demikian juga tradisi ini menurut mereka menyebabkan kuatnya jiwa dalam menghadapi was-was yang akan menimpanya pada kemudian hari sekaligus akan menambah rahmat.
Membincangkan secara terperinci tentang sunah ini, kita akan menelitinya melalui perspektif Islam. Iaitu pengakuan dosa menurut para pendeta terdiri daripada tiga tahap:
- Hadir: Tahap pertama adalah seseorang yang berbuat dosa hadir di hadapan seorang pendeta
- Pengakuan: Tahapan kedua adalah mengakui perbuatan dosa dan dengan berharap penuh ia mengakui di hadapan pendeta atas semua perbuatan dosa yang dilakukannya
- Pengampunan: Pendeta pun dengan menentukan fidyah dan kifarah, akan mengampuni dosa-dosa orang itu dan demikianlah orang-orang yang berdosa akan diampuni
Peringkat pertama adalah peringkat yang sesuai dengan ajaran agama Islam. Datangnya seseorang ke hadapan para pembesar agama, terkhusus kepada para nabi, para wali untuk beristighfar dan bertaubat sebagaiaman yang telah disinggung secara jelas dalam al-Quran,
- "Sesungguhnya jika mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." QS Al-Nisa [4]: 64
Menurut Islam, mengaku berbuat dosa di hadapan orang lain adalah haram dan seseorang tidak dibenarkan mengaku perbuatan dosanya di hadapan selain Allah swt. (Untuk telaah lebih lanjut sila lihat: 2031 Pengakuan Dosa)
Inilah letak perbezaan antara Islam dan Kristian, bahawa dalam agama Islam pengampunan dosa hanya dilakukan oleh Allah swt dan seorang Muslim perlu memelihara kehormatannya di hadapan orang lain. Namun dalam ajaran agama Kristian dianjurkan bahawa dosa itu dikemukakan di hadapan orang lain walaupun dengan harapan mendapat pengampunan.
Dalam agama Islam, hanya Allah SWT yang mengampuni dosa orang lain. Para wali Tuhan juga tidak perlu mendengar objek perbuatan dosa itu (persisnya dosa apa yang telah dilakukannya). Kedudukan mereka hanya sebagai perantara. Dengan kata lain, orang-orang yang mempunyai kehormatan memohon ampunan dosa dari Allah SWT dan perantaraan ini juga merupakan aturan dari Allah swt:
- "Sesungguhnya jika mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." QS Nisa [4]: 64
Umat Muslim juga menghadap kepada Nabi Muhammad SAW kemudian memohon pengampunan dari Allah SWT. Nabi Muhammad SAW tidak memberikan pengampunan kepada umatnya, melainkan hanya memohonkan pengampunan dari Allah SWT bagi orang-orang yang datang kepadanya dan pada penghujung ayat dijelaskan bahawa Allah swt dikenalkan dengan sifat Maha Pengampun.
Oleh kerana itu, berdasarkan landasan teologis dan juristik Islam, mengakui dosa-dosa di hadapan paderi adalah tidak dibenarkan dan perbuatan ini tidak boleh dibenarkan. Ayat yang dikutip di atas bukan merupakan penegasan atas pandangan ajaran agama Kristian itu, namun jika diteliti lebih jauh, bahkan merupakan sanggahan atas tradisi itu. (IH)
No comments:
Post a Comment