Kelihatan Muhyiddin dan Abdul Hadi ketika gegaran susulan berlaku di Liwagu sebentar tadi. - Gambar dirakamkan wartawan Astro Awani.
KUNDASANG - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergegas keluar meninggalkan bangunan tempat sidang media selepas berlaku gegaran susulan jam 1.35 petang tadi.
Sidang media di Liwagu, Kundasang terpaksa ditangguhkan seketika ekoran berlaku satu lagi gegaran pada kira-kira jam 1.35 petang.
Turut kelihatan bergegas keluar meninggalkan bangunan tempat sidang media tersebut ialah Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
Memetik laporan Astro Awani, situasi tersebut membuatkan semua orang yang berada dalam ruang berlangsungnya sidang media berkenaan, termasuk petugas media dan pegawai pengiring bergegas keluar.
Sidang media itu difahamkan pada awalnya untuk Muhyiddin mengemas kini perkembangan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa di Gunung Kinabalu selain mengulas mengenai pengurusan bencana termasuk bentuk bantuan yang bakal dilakukan.
Difahamkan, setelah suasana kembali tenang dan dilaporkan selamat sidang media tersebut diteruskan.
- sharian
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini bukan bukti Abdul Hadi nak bawa PAS join UMNO.
1 comment:
Hj. Ini bukan bukti. Tp bunga kpd UG antara pas dgn umno. Sapa byr tiket n hotel hj. Hadi?
Post a Comment