Thursday, June 11, 2015

Ahli Yang Tidak Terpilih Pemilihan Akan Dilantik Ke AJK PAS Pusat.

ENAM ahli PAS yang tidak berjaya dalam pemilihan parti baru-baru ini akan dilantik ke dalam jawatankuasa pusat.

Pengumuman rasmi akan dibuat pada 21 Jun, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama jawatankuasa pusat sesi 2015-2018.

Parti itu perlu melantik seorang setiausaha agung, ketua penerangan dan ketua empat biro parti. Ketua-ketua PAS negeri juga perlu dilantik.

"Ya, biasa begitu, setiap kali muktamar, yang tak menang pun ada diberi jawatan," katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada kelewatan dalam membuat pengumuman rasmi itu bagi memastikan pelantikan itu diterma terlebih dahulu, Tuan Ibrahim berkata, bukan begitu kesnya.

"Tidak, itu prosedur biasa," katanya.

Demikian saringan dari laporan Malaysiakini.

Sementara itu buat masa ini, ahli-ahli PAS yang telah dilantik ke jawatan kerajaan di Pulau Pinang dan Selangor mesti terus bertugas seperti biasa, kata Tuan Ibrahim.

"Ia merupakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat," kata Tuan Ibrahim, membayangkan bahawa ahli PAS perlu memenuhi mandat yang diberikan oleh pengundi.

PAS mempunyai kira-kira 1,100 ahli yang memegang jawatan dalam kerajaan yang dilantik di Pulau Pinang dan kira-kira 5,000 jawatan di Selangor. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Kata dah putus tapi masih nak kerja dengan DAP. Kan DAP nak ganti puak tu dengan Melayu lain. Tuan Haji kalau dah putus LETAK JE LAH JAWATAN tak kan masih terkinja-kinja kata masih belum muktamad.

Saya memilih untuk mendengar dan patuh kepada Muktamar jadi lepas lah jawatan tu dalam mencari Redha Allah. Di mulakan dengan jawatan di Pulau Pinang dulu. Pernah dengar ke UMNO Perak lantik ahli majlis dari PKR atau DAP atau PAS. Tak ada kan kerana tiada hubungan. Jadi begitu lah di Pulau Pinang bila tiada hubungan wajar pulang balik apa yg diberi. Bagi lah peluang Melayu lain yg isi jawatan tu.

Kita mesti jaga maruah ulama, kita mesti pilih ulama dari ringgit dan kita mencari Redha Allah tidak bersekongkol dgn DAP.


Patuhi Muktamar dan dengar usul Dewan Ulama

Anonymous said...

Kalau para calaun yang tewas dalam pemilihan menerima tawaran pelantikkan itu bermakna mereka menempah bala sebannya dari awal kita sudah jelas yang para jemaah baru yang terpilih tidak tahu membezakan apa itu baik dan buruk kerana mereka tahu mereka tidak dapat mententteramkan keadaan maka para calun yang dilantik inilah akan diperkudakan yang dapat nama mereka yang bodoh yang berada diatas terutama MP pasir mas yang hanya tahu berckap tapi tidak tahu apa yang dikatakan,tunggu dan liaht ,usah terima sebarang jawtan yang ditawarkan biarkan mereka tadbir ala ulama yang diidamkan para profesyinanl hanya menyemak dan menyekat keamhuan presiden sahaja sepertimana yang dikatakan oleh dato mahfuz tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails